RENUNGAN BERSAMA:

Renungan Bersama:

Dari Abu Bakar As Syiddiq RA ia berkata, "Rasulullah saw bersabda: "Wajib atasmu berlaku jujur, kerana jujur itu bersama kebaikan, dan keduanya di syurga. Dan jauhkanlah dirimu dari dusta, kerana dusta itu bersama kedurhakaan, dan keduanya di neraka." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban di dalam syahihnya).

17 Oktober 2008

Debat IPGM 2008: Terima Kasih Semua!

Pertandingan Debat Ala Parlimen IPGM Peringkat Kebangsaan 2008 yang berlangsung di Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan (IPTAA), Kuala Lipis sudah berakhir semalam, Khamis 16 Oktober 2008. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Pasukan debat dari Institut Perguruan Temenggung Ibrahim (IPTI), Johor Bahru telah muncul Johan setelah mengalahkan pasukan IPTAA dengan keputusan juri 4-1. Tahniah kepada pasukan debat IPTI atas kejayaan tersebut dan tahniah juga kepada pasukan debat IPTAA atas kemaraan hingga ke peringkat akhir.
Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Urusetia, merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih pertamanya kepada Pengerusi dan Setiausaha Bersama (IPTAA dan IPBMM) JK Pengelola, semua AJK Urusetia dan semua JK lain yang terlibat membantu urusetia atas kerjasama dalam menjayakan pertandingan ini. Terima kasih juga kami rakamkan kepada Pengerusi Sekretariat ISO IPTAA yang telah sudi meminjamkan Bilik Sekretariat ISO sebagai Bilik Urusetia dan Pegawai Pereka Grafik yang telah melayani karenah AJK ini dengan penuh kesabaran. Sesungguhnya tanpa kerjasama daripada semua pihak, program ini tidak dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kami rakamkan kepada para pelajar PISMP dan PPISMP yang bertugas membantu JK Urusetia dengan penuh komitmen dan dedikasi sepanjang pertandingan ini berlangsung. Penglibatan ini sebenarnya merupakan salah satu sumber ilmu dan pengalaman yang sengaja kita dedahkan untuk para pelajar sebagai persediaan apabila mereka berada di sekolah nanti.
Dalam melaksanakan program besar seperti ini, tentunya kita tidak dapat lari daripada berhadapan dengan beberapa kelemahan dan masalah. Oleh itu segala kelemahan JK ini pada sepanjang program tersebut (sekiranya ada), kita akan teliti dan perbaiki agar ianya tidak berulang pada masa-masa akan datang. Apa yang penting bagi kita ialah objektif program ini tercapai dengan baik dan sempurna. Sekian.

Tiada ulasan: