Pertandingan Debat Ala Parlimen Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Peringkat Kebangsaan 2008 kali ini diadakan di Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang pada 13 hingga 16 Oktober 2008. Objektif utama pertandingan ini ialah untuk:1. melatih guru pelatih berfikiran kreatif dan kritis secara spontan.
2. memberi pendedahan dan peluang kepada guru pelatih untuk meupuk dan menyemai bakat berdebat dan berhujah secara sitematik dan berkesan di hadapan khalayak ramai.
3. memupuk dan menyemai keyakinan diri dalam kalangan guru pelatih di IPG.
4. meningkatkan tahap dan pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan guru pelatih untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
5. melatih dan melengkapkan diri guru pelatih sebagai pemimpin yang berwibawa.
6. Membina Negara Bangsa selaras dengan Teras 1 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
Pertandingan debat antara IPG yang diadakan sejak tahun 1990-an ini akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Hjh. Latifah Haji Mahamud, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala perasmian penutup akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 16 Oktober 2008.
Di antara tajuk yang dipilih untuk pertandingan ialah:1. Perpaduan kita semakin baik: Indah khabar dari rupa
2. Kebebasan bersuara menjamin keharmonian negara
3. Sistem pendidikan wajar diubah
4. Kecemerlangan pelajar hanya sekadar kuantiti
5. Negara merdeka: Kita leka
6. Jati diri generasi muda semakin terhakis
3. Sistem pendidikan wajar diubah
4. Kecemerlangan pelajar hanya sekadar kuantiti
5. Negara merdeka: Kita leka
6. Jati diri generasi muda semakin terhakis
Kali ini sebanyak 26 daripada 27 IPG akan bertanding dalam 8 kumpulan bagi merebut Piala Pusingan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Yang Berbahagia En. Mazlan Mohamad, Pengarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa pertandingan ini dibawa ke Kuala Lipis bertujuan “untuk mempromosi pekan kecil ini sebagai salah satu daripada destinasi pelancongan yang kaya dengan sejarah”. Semoga dalam tempoh kunjungan yang singkat ini, dapat memberi makna yang besar kepada para peserta dan pensyarah pengiring. Sekian, selamat berdebat dengan penuh rasional dan profesional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan