11 September 1981, jam 3.00 petang: Kami bertolak dari Maktab Perguruan Gaya (MPG) ke Taman Kinabalu yang terletak kira-kira 92 km dari Kota Kinabalu. Perjalanan kami mengambil masa kira-kira 3 jam kerana jalan raya Tamparuli ke Kundasang dan Taman Kinabalu sedang dalam pembinaan pada ketika itu. Jam 6.00 petang kami tiba di hostel Taman Kinabalu. Pada sebelah malamnya selepas makan malam, kami hanya berehat dan bersembang-sembang sambil menghirup udara dingin persekitaran yang nyaman. Kami sempat berkenalan dengan seorang pensyarah dari University of Frankfurt, German iaitu Dr. Mike Koch yang akan mendaki bersama-sama dengan kumpulan kami pada keesokan harinya.
12 September 1981, jam 5.00 pagi: Selepas solat Subuh guru-guru pelatih perempuan menyediakan sarapan untuk dibawa bersama semasa pendakian. Kami membantu guru-guru pelatih perempuan memasak nasi goreng untuk kira-kira 25 orang ahli yang menyertai program tersebut. Nasi goreng tersebut kemudian diisi di dalam bekas untuk dimakan di perhentian Carson’s Camp pada aras 2,650 meter (8,700 kaki).Kami telah mendapatkan khidmat dua orang porter yang terdiri daripada gadis suku kaum Dusun untuk membawa barang-barang makanan ke tempat persinggahan di Panar Laban yang terletak pada ketinggian 3,272 meter (10,700 kaki) dari aras laut. Makanan yang dibawa semasa mendaki berupa makanan kering iaitu roti, biskut, mi segera dan coklat bar. Kami juga mendapatkan khidmat dua orang jurupandu atau Malim Gunung iaitu Douni dan Gampat kerana bilangan peserta kami melebihi daripada 10 orang.
Jam 8.00 pagi: Kami dibawa ke Power Station dengan menggunakan dua buah pick up. Pendakian bermula dari situ dengan diketuai oleh jurupandu Douni, manakala jurupandu Gampat berada di belakang bagi memastikan tiada siapa yang tertinggal semasa pendakian. Jam 10.00 pagi: kami tiba di Carson’s Camp secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan tenaga masing-masing. Kami mendapati bahawa spesis pokok-pokok di sekitar kawasan ini kelihatan berbeza berbanding pokok-pokok hutan yang biasa kita lihat di kawasan tanah rendah. Antara pokok yang terdapat di kawasan ini ialah spesis periuk kera (nepenthes) antaranya nepenthes fusca, nepenthes rajah, nepenthes villosa, nepenthes lowii dan nepenthes kinabaluensis. Selain itu terdapat orkid berantai (coelogyne radioferens), balsam kinabalu (impatiens platyphylla) dan lain-lain lagi yang dikatakan antara 5,000-6,000 spesis tumbuhan berbunga.
Di Carson’s Camp kami membuka bekalan nasi goreng masing-masing sebelum meneruskan pendakian. Kami dinasihatkan supaya tidak makan terlalu banyak kerana akan menyukarkan pendakian seterusnya. Perjalanan dari Carson’s Camp ke Panar Laban akan mengambil masa kira-kira 2 hingga 3 jam bergantung kepada stamina dan saiz badan pendaki. Saya dapati dua tiga orang guru pelatih yang saiz badannya agak besar sudah mula menghadapi masalah. Guru-guru pelatih lelaki terpaksa memberi bantuan dengan cara menolong membawa haversack mereka.Perjalanan yang semakin mendongak dan sekali-sekala mendatar tersebut agak teruk bagi kami yang tidak membuat apa-apa latihan stamina sebelum mendaki. Rakan kami, Raymund Simin (kini Rohaya Abdullah), si gadis Dusun dari Ranau merupakan guru pelatih yang pertama tiba di Panar Laban. Keduanya ialah Fatimah Othman, si gadis cilik dari Johor Bahru. Fatimah menduduki tempat kedua bukan kerana kelasakannya tetapi kerana saiz badannya yang kecil. Saya berpendapat bahawa mereka yang mempunyai saiz badan yang kecil mempunyai kelebihan dalam melaksanakan misi sukar ini.
Jam 2.00 petang: Semua peserta berjaya tiba di Gunting Lagadan Hut, di Panar Laban. Tempat penginapan ini merupakan tempat penginapan kelas sederhana yang mempunyai kelengkapan 60 buah katil, dapur memasak umum, bilik air umum dan tiada pemanas udara.
Di Gunting Lagadan Hut kami berehat kerana separuh hari tenaga kami digunakan untuk mendaki. Namun keadaan cuaca dan suhu di sini menyebabkan amat sukar untuk kami melelapkan mata. Kami sempat mengambil gambar panorama indah anugerah Allah yang amat sukar diketemui ini. Di sini setiap orang dibekalkan dengan ‘sleeping bag’ untuk tidur pada waktu malam nanti. Kami akan tidur di asrama ini sehingga kira-kira jam 2.30 pagi sebelum menyambung semula perjalanan ke kemuncak.
Jam 8.00 malam: Kami hanya makan roti, mi segera Maggi dan epal yang kami bawa dari maktab. Di sini semua pendaki dikehendaki membawa atau menyediakan makanan sendiri. Turut serta makan malam bersama kami ialah Dr. Koch yang mendaki secara solo. Kami hampir tidak tidur langsung pada malam itu, kerana terlalu sejuk walaupun berada dalam ‘sleeping bag’. Oleh kerana tidak dapat tidur, masing-masing buka cerita sampai hampir jam 2.00 pagi baru terlelap sedikit.
13 September 1981, jam 2.15 pagi: Douni telah mengejutkan kami dari tidur. Kami diarahkan agar memakai baju yang tebal lebih daripada satu lapis, memakai krim atau gincu pada bibir untuk mengelakkan daripada melepuh kerana suhu yang rendah, memakai sarung tangan sekurang-kurangnya selapis dan membawa lampu suluh. Makanan yang dibawa hanyalah coklat bar, epal dan setengah liter air untuk tenaga.
Alhamdulillah, cuaca pada pagi itu amat baik sekali. Mereka yang tidak sihat dinasihatkan supaya berehat di asrama ini. Dua orang pelajar perempuan (sudah lupa siapa) daripada kumpulan kami tidak dapat meneruskan pendakian kerana mengalami demam selsema (altitude sickness atau acute mountain sickness) akibat daripada perubahan cuaca yang mendadak.
Saya memakai empat lapis baju bermula daripada kemeja T lengan pendek, kemeja T lengan panjang, sweater dan jaket. Selain itu saya juga memakai dua lapis seluar dan dua lapis sarung tangan, tuala melilit kepala dan topi. Rakan-rakan lain juga bersedia memakai pakaian yang sepatutnya untuk menghindarkan daripada cuaca sejuk. Rakan-rakan lelaki kelihatan seperti badut apabila bibir mereka merah disapu dengan sedikit gincu yang diberikan oleh guru-guru pelatih perempuan. Kami ketawa sesama sendiri apabila melihat keadaan muka masing-masing di cermin.
Jam 2.50 pagi: Kami memulakan perjalanan. Douni di hadapan dan Gampat mengawasi mereka yang berjalan paling belakang. Pendakian di antara Panar Laban dan Puncak Low (4,095.2 meter) iaitu kemuncak tertinggi Gunung Kinabalu ini lebih mencabar berbanding perjalanan sebelumnya kerana keadaan cerunnya yang semakin tinggi dan berbahaya. Cabaran ini ditambah pula dengan kegelapan malam yang amat terhad pemandangannya. Keadaan batu-batan pula lembab dan licin disebabkan oleh cuaca dan embun pagi yang dingin. Ada tempat yang kami terpaksa menggunakan tangga kayu serta tali mendaki dan ada tempat yang memerlukan bantuan jurupandu serta rakan-rakan untuk melepasinya.
Cuaca semakin sejuk dengan anggaran suhu kurang daripada 9°C kerana di Panar Laban suhunya sekitar 9.5°C. Kami berjalan berderetan mengikut jurupandu di celah-celah laluan yang berbatu-batan dan akar-akar pokok renik yang seakan-akan pokok bonsai. Kami melalui Sayat-Sayat Hut pada kira-kira waktu fajar mula menyinsing. Nama Sayat-Sayat Hut adalah daripada nama pokok sayat-sayat atau leptospermum (Leptospermum recurvum) yang banyak terdapat di kawasan ini. Pokok-pokok lain ialah daripada spesis pokok renik seperti Dacrydium gibbsiae, Lithocarpus havilandii, Phyllocladus hypophyllus dan Rhododendron spp.
Cahaya lampu suluh para pendaki yang mendahului kami kelihatan seperti kunang-kunang.
Mereka bermalam di Sayat-Sayat Hut yang membolehkan mereka bertolak lebih awal. Oleh kerana suhu di Sayat-Sayat lebih rendah berbanding suhu di Panar Laban, kebanyakan mereka yang bermalam di sini terdiri daripada pendaki asing kerana mereka sudah biasa dengan cuaca sejuk. Perjalanan antara Sayat-Sayat Hut dan kemuncak Kinabalu agak kurang mencabar berbanding perjalanan dari Panar Laban ke Sayat-Sayat kecuali beberapa tempat tertentu kerana cerunnya semakin curam. Silap langkah kami boleh bergolek jatuh entah ke mana kerana jika kita melihat ke bawah seolah-olah kita melihat ke atas. Oleh kerana keheningan pagi dan tiada gangguan lain, berserta dengan kedudukan yang tinggi maka suara mereka yang berada hampir dengan kemuncak jelas kedengaran. Semangat kami juga semakin tinggi kerana kemuncak tertinggi tersebut sudah semakin hampir.
Orang pertama dari kumpulan kami yang tiba di Puncak Low (4,095.2m) ialah Raymund Simin dan diikuti oleh Haimin Dusilin, kedua-duanya berasal dari Ranau. Saya tiba di kemuncak tersebut pada jam 6.25 pagi bersama rakan-rakan lain setelah sebahagian pendaki lain sudah berada di kemuncak. Kami sempat bergambar di papan tanda yang tercatat nama orang tempatan pertama yang sampai di kemuncak tertinggi Asia Tenggara tersebut iaitu Gunting bin Lagadan. Papan tanda yang diperbuat daripada logam tebal tersebut bertulis “ID KAHANDAMAN DI GUNTING BIN LAGADAN HUGUAN MANA-NANUD ID NULOHON KINABALU 1888 – 1966” dalam bahasa Kadazan.
Cuaca baik pada pagi itu menampakkan kami panorama alam yang cukup indah semasa matahari mula terbit. Indahnya alam maya anugerah Allah kepada penghuni bumi ini. Cahaya lampu bandar-bandar utama Sabah kelihatan sayup-sayup berkelipan bagai kunang-kunang. Di sebelah utaranya terdapat lurah berkabus Low’s Gully yang amat curam memanjang sehingga 10 km dari kemuncak Kinabalu. Puncak St. John, Puncak Victoria dan Puncak Alexandra jelas kelihatan. Puncak St. John (4,090.75m) merupakan kemuncak kedua tertinggi selepas Puncak Low. Di puncak inilah terjumpanya mayat pelajar Ellie James, 17 tahun dari Cornwall, England yang terkorban kerana tersesat jalan akibat cuaca buruk semasa mendaki bersama keluarganya pada 16 Ogos 2001.
Setelah bergambar kami semua mula bergerak turun kerana kami dinasihat supaya meninggalkan kemuncak sebelum matahari naik. Sekiranya melebihi jam 8.00 pagi, kabus tebal akan menyelubungi kawasan kemuncak tersebut dan boleh menyebabkan pendaki kehilangan arah untuk mengikuti trek ke bawah. Keadaan inilah yang berlaku kepada Ellie, pelajar British yang terkorban di puncak St. John terutama sekali semasa cuaca buruk. Apabila melihat keadaan sekeliling barulah kami sedar betapa bahayanya trek yang kami lalui semasa mendaki dalam kegelapan awal pagi tadi. Kami tiba di Gunting Lagadan Hut kira-kira jam 10.00 pagi dan terus mengambil haversack yang kami tinggalkan di situ. Jam 2.00 petang kami sudah tiba di Power Station dan menaiki 2 buah kenderaan pick-up terus ke Pejabat Taman Kinabalu. Kami bertolak pulang jam 4.30 petang dan tiba di maktab kira-kira jam 7.00 petang. Alhamdulillah, misi kami untuk menawan puncak Kinabalu telah tercapai.
14 September 1981: Jam 8.00 pagi. Kebanyakan daripada kami terpaksa merangkak menuruni tangga asrama maktab kerana kejang saraf akibat tiada latihan dan stamina sebelum membuat pendakian tersebut.
Jam 8.00 malam: Kami hanya makan roti, mi segera Maggi dan epal yang kami bawa dari maktab. Di sini semua pendaki dikehendaki membawa atau menyediakan makanan sendiri. Turut serta makan malam bersama kami ialah Dr. Koch yang mendaki secara solo. Kami hampir tidak tidur langsung pada malam itu, kerana terlalu sejuk walaupun berada dalam ‘sleeping bag’. Oleh kerana tidak dapat tidur, masing-masing buka cerita sampai hampir jam 2.00 pagi baru terlelap sedikit.13 September 1981, jam 2.15 pagi: Douni telah mengejutkan kami dari tidur. Kami diarahkan agar memakai baju yang tebal lebih daripada satu lapis, memakai krim atau gincu pada bibir untuk mengelakkan daripada melepuh kerana suhu yang rendah, memakai sarung tangan sekurang-kurangnya selapis dan membawa lampu suluh. Makanan yang dibawa hanyalah coklat bar, epal dan setengah liter air untuk tenaga.
Alhamdulillah, cuaca pada pagi itu amat baik sekali. Mereka yang tidak sihat dinasihatkan supaya berehat di asrama ini. Dua orang pelajar perempuan (sudah lupa siapa) daripada kumpulan kami tidak dapat meneruskan pendakian kerana mengalami demam selsema (altitude sickness atau acute mountain sickness) akibat daripada perubahan cuaca yang mendadak.Saya memakai empat lapis baju bermula daripada kemeja T lengan pendek, kemeja T lengan panjang, sweater dan jaket. Selain itu saya juga memakai dua lapis seluar dan dua lapis sarung tangan, tuala melilit kepala dan topi. Rakan-rakan lain juga bersedia memakai pakaian yang sepatutnya untuk menghindarkan daripada cuaca sejuk. Rakan-rakan lelaki kelihatan seperti badut apabila bibir mereka merah disapu dengan sedikit gincu yang diberikan oleh guru-guru pelatih perempuan. Kami ketawa sesama sendiri apabila melihat keadaan muka masing-masing di cermin.
Jam 2.50 pagi: Kami memulakan perjalanan. Douni di hadapan dan Gampat mengawasi mereka yang berjalan paling belakang. Pendakian di antara Panar Laban dan Puncak Low (4,095.2 meter) iaitu kemuncak tertinggi Gunung Kinabalu ini lebih mencabar berbanding perjalanan sebelumnya kerana keadaan cerunnya yang semakin tinggi dan berbahaya. Cabaran ini ditambah pula dengan kegelapan malam yang amat terhad pemandangannya. Keadaan batu-batan pula lembab dan licin disebabkan oleh cuaca dan embun pagi yang dingin. Ada tempat yang kami terpaksa menggunakan tangga kayu serta tali mendaki dan ada tempat yang memerlukan bantuan jurupandu serta rakan-rakan untuk melepasinya.
Cuaca semakin sejuk dengan anggaran suhu kurang daripada 9°C kerana di Panar Laban suhunya sekitar 9.5°C. Kami berjalan berderetan mengikut jurupandu di celah-celah laluan yang berbatu-batan dan akar-akar pokok renik yang seakan-akan pokok bonsai. Kami melalui Sayat-Sayat Hut pada kira-kira waktu fajar mula menyinsing. Nama Sayat-Sayat Hut adalah daripada nama pokok sayat-sayat atau leptospermum (Leptospermum recurvum) yang banyak terdapat di kawasan ini. Pokok-pokok lain ialah daripada spesis pokok renik seperti Dacrydium gibbsiae, Lithocarpus havilandii, Phyllocladus hypophyllus dan Rhododendron spp.Cahaya lampu suluh para pendaki yang mendahului kami kelihatan seperti kunang-kunang.
Mereka bermalam di Sayat-Sayat Hut yang membolehkan mereka bertolak lebih awal. Oleh kerana suhu di Sayat-Sayat lebih rendah berbanding suhu di Panar Laban, kebanyakan mereka yang bermalam di sini terdiri daripada pendaki asing kerana mereka sudah biasa dengan cuaca sejuk. Perjalanan antara Sayat-Sayat Hut dan kemuncak Kinabalu agak kurang mencabar berbanding perjalanan dari Panar Laban ke Sayat-Sayat kecuali beberapa tempat tertentu kerana cerunnya semakin curam. Silap langkah kami boleh bergolek jatuh entah ke mana kerana jika kita melihat ke bawah seolah-olah kita melihat ke atas. Oleh kerana keheningan pagi dan tiada gangguan lain, berserta dengan kedudukan yang tinggi maka suara mereka yang berada hampir dengan kemuncak jelas kedengaran. Semangat kami juga semakin tinggi kerana kemuncak tertinggi tersebut sudah semakin hampir.
Orang pertama dari kumpulan kami yang tiba di Puncak Low (4,095.2m) ialah Raymund Simin dan diikuti oleh Haimin Dusilin, kedua-duanya berasal dari Ranau. Saya tiba di kemuncak tersebut pada jam 6.25 pagi bersama rakan-rakan lain setelah sebahagian pendaki lain sudah berada di kemuncak. Kami sempat bergambar di papan tanda yang tercatat nama orang tempatan pertama yang sampai di kemuncak tertinggi Asia Tenggara tersebut iaitu Gunting bin Lagadan. Papan tanda yang diperbuat daripada logam tebal tersebut bertulis “ID KAHANDAMAN DI GUNTING BIN LAGADAN HUGUAN MANA-NANUD ID NULOHON KINABALU 1888 – 1966” dalam bahasa Kadazan.Cuaca baik pada pagi itu menampakkan kami panorama alam yang cukup indah semasa matahari mula terbit. Indahnya alam maya anugerah Allah kepada penghuni bumi ini. Cahaya lampu bandar-bandar utama Sabah kelihatan sayup-sayup berkelipan bagai kunang-kunang. Di sebelah utaranya terdapat lurah berkabus Low’s Gully yang amat curam memanjang sehingga 10 km dari kemuncak Kinabalu. Puncak St. John, Puncak Victoria dan Puncak Alexandra jelas kelihatan. Puncak St. John (4,090.75m) merupakan kemuncak kedua tertinggi selepas Puncak Low. Di puncak inilah terjumpanya mayat pelajar Ellie James, 17 tahun dari Cornwall, England yang terkorban kerana tersesat jalan akibat cuaca buruk semasa mendaki bersama keluarganya pada 16 Ogos 2001.
Setelah bergambar kami semua mula bergerak turun kerana kami dinasihat supaya meninggalkan kemuncak sebelum matahari naik. Sekiranya melebihi jam 8.00 pagi, kabus tebal akan menyelubungi kawasan kemuncak tersebut dan boleh menyebabkan pendaki kehilangan arah untuk mengikuti trek ke bawah. Keadaan inilah yang berlaku kepada Ellie, pelajar British yang terkorban di puncak St. John terutama sekali semasa cuaca buruk. Apabila melihat keadaan sekeliling barulah kami sedar betapa bahayanya trek yang kami lalui semasa mendaki dalam kegelapan awal pagi tadi. Kami tiba di Gunting Lagadan Hut kira-kira jam 10.00 pagi dan terus mengambil haversack yang kami tinggalkan di situ. Jam 2.00 petang kami sudah tiba di Power Station dan menaiki 2 buah kenderaan pick-up terus ke Pejabat Taman Kinabalu. Kami bertolak pulang jam 4.30 petang dan tiba di maktab kira-kira jam 7.00 petang. Alhamdulillah, misi kami untuk menawan puncak Kinabalu telah tercapai.14 September 1981: Jam 8.00 pagi. Kebanyakan daripada kami terpaksa merangkak menuruni tangga asrama maktab kerana kejang saraf akibat tiada latihan dan stamina sebelum membuat pendakian tersebut.

5 ulasan:
salam encik
teruskan memblog :)
Saya pun pernah mendaki gunung KK en rasdi..Tahun 2006
Salamullah. Tuan mungkin lupa pada saya kerana kita hanya sempat bersama di Maktab Perguruan Gaya hanya selama 6 bulan, Waktu itu saya sering bersama Nasir Rahman dan Rosli Tajul Ariffin. Sebelum saya dan Maureen Victoria Lia meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Kalau mengenang kembali pada aktiviti budaya di Maktab Perguruan Gaya sesi 80/81, ingatlah kembali pada saya.... AHMAD DIN dari Perlis. Terima kasih
Salamullah. Tuan mungkin lupa pada saya kerana kita hanya sempat bersama di Maktab Perguruan Gaya hanya selama 6 bulan, Waktu itu saya sering bersama Nasir Rahman dan Rosli Tajul Ariffin. Sebelum saya dan Maureen Victoria Lia meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Kalau mengenang kembali pada aktiviti budaya di Maktab Perguruan Gaya sesi 80/81, ingatlah kembali pada saya.... AHMAD DIN dari Perlis. Terima kasih
Ya saya ingat, walaupun sekejap. Tuan di mana sekarang?
Catat Ulasan