Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis telah mengadakan jamuan perpisahan pada 7 Januari 2009 jam 1.00 tengah hari di Anjung Selera IPTAA bagi meraikan En. Abdullah Musa yang akan bertukar ke Institut Perguruan Tawau, Sabah mulai 12 Januari 2009. Majlis ringkas yang diadakan oleh para pensyarah Jabatan Pengajian Melayu yang diterajui oleh Ketua Jabatan, Pn. Hjh. Ramlah Abd. Rahman ini turut dihadiri Yang Berbahagia Pengarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, En. Mazlan bin Mohamad, Timbalan Pengarah, Tuan Hj. Johar bin Othman dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En. Roselan Ahmad.
En. Abdullah mula bertugas di institut perguruan ini mulai 1 November 2005 setelah berkhidmat kira-kira 15 tahun di Sabah, iaitu sebagai guru di SMK Bingkor, Keningau mulai 3 Disember 1990 dan kemudian menjadi pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Keningau pada 1 April 1997. Di IPTAA beliau pada mulanya ditempatkan di Jabatan Ilmu Pendidikan selama kira-kira dua tahun, kemudian dilantik sebagai Penolong Ketua Unit Praktikum dan pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu.Kami para pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu yang terdiri daripada Ketua Jabatan, Pn. Hjh. Ramlah Abd. Rahman, En. Mohd Rasdi Saamah, En. Mohd. Hanifah Moideen, En. Zakaria Khalid, En. Mohd. Asri Abdul Razak, En.
Shahnam Abd. Rashid, En. Aminuddin Mohamad, En. Mohamad Zaim Mohd Hassan, En. Dzulkarnain Mat, En. Mohd Nor Mohamad, Cik Nor Asiah Ismail, Pn. Walaini Abu Bakar dan Pn. Rogayah Osman mengucapkan selamat berpisah kepada En. Abdullah, dan mendoakan semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan lebih baik di tempat yang baru. Selamat berpisah, InsyaAllah jumpa di Tawau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan