Saya telah mendapat tawaran memasuki
Universiti Pertanian Malaysia[1] (UPM ) pada 21 Jun 1986 melalui surat tawaran universiti
tersebut yang bertarikh 16 Jun 1986[2]. Saya
kemudiannya telah melaporkan diri di UPM, Serdang pada 30 Jun 1986 dalam
Program Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)[3] Ambilan Jun
1986. Jumlah pelajar yang mendaftar dalam program ini ialah seramai 123 orang,
iaitu 110 orang terdiri daripada bekas guru (termasuk saya) dan 13 orang
pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Program Bacelor
Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama) pada ketika itu
diletakkan di bawah Fakulti Pengajian Pendidikan[4] UPM, yang mana program
tersebut kini telah diletakkan di bawah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi[5].
Dalam tempoh 7 semester atau 3
setengah tahun di UPM itu kami telah mengikuti kuliah sebanyak 50 kursus dengan
jumlah 134 jam kredit. Kebanyakan daripada kalangan guru dalam program ini
berusia lebih daripada 30 tahun kecuali beberapa orang sahaja yang berusia
kurang dari 30 tahun termasuk saya yang berusia 28 tahun pada ketika itu.
Pelajar bekas guru yang paling tua dalam kelas kami pada ketika itu berumur 40
tahun semasa mendaftar masuk Semester 1. Manakala pelajar lepasan STPM
kesemuanya berusia awal 20-an yang kesemuanya pelajar lepasan Tingkatan 6. Oleh
kerana majoriti daripada kami terdiri daripada kalangan pelajar dewasa, maka
terlalu banyak cabaran yang kami terpaksa hadapi. Cabaran-cabaran tersebut antaranya
cabaran menghadapi pelajaran, tanggungjawab terhadap ahli keluarga, kekangan kewangan
kerana cuti belajar separuh gaji dan sebagainya. Namun segala cabaran tersebut
telah kami tempuhi dengan sabar dan akhirnya dengan izin Allah SWT kami berjaya
melepasinya.
Selepas hampir 30 tahun berlalu, saya
telah berusaha mengesan rakan-rakan yang telah sama-sama berjuang dalam Program
Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama) di UPM bagi pada tahun 1986-1989 dahulu iaitu
Ab. Maulod Mohamad, Abd. Rahim Talib, Abdul Rahim Sohaimi[6], Abdullah Mamat[7], Abdullah Ngah,
Abu Bakar Surin[8],
Adam Sukarno Haji Mansor[9], Ahmad Abu[10], Ahmad Salleh Haji
Ahmad[11], Amiruddin Nordin[12], Anipah Haji
Wahap, Aslie Sahat[13], Azlina Ahmad[14], Azmin Hassan[15], Basri Jabar,
Che Soh Husin[16],
Chong Kean Chong, Dayang Hajah Tiawa Awang Hamid[17], Dindi Guliga[18], Dzulkifli
Ramli, Eyu Bee Ling, Faridah Jaafar, Dr. Haji Rosana Awang Haji Bolhasan[19], Hamdan
Kamaruddin, Hamdiah Othman[20], Hashim Joko[21], Hasmah Othman[22], Hussin
Salleh, Ibrahim Daud, Ida Aswani Abdullah, Ishak Harun, Jamal Mohamed Mohd.
Ebrahim, Profesor Madya Dr. Jamaluddin Haji Badusah[23], Dr. Jamaluddin Tubah[24], Jamilah
Juhari, Judy Yeoh Phaik Choo, Juhari Abd. Hamid, Junaidah Haji Le’at[25], Kamariah
Mohd. Kamil[26],
Latifah Abd. Razak, Lokman Abd. Wahid[27], Mahmud Jusoh,
Maimunah Ibrahim, Manap Awang[28], Marzuki
Mustapha[29],
Maslina Rejoh[30],
Masod Yunus.
Mat Saberi Abd. Hamid, Mat Yaman
Abdullah, Maznah Ahmad Zain, Md. Ishak Haji Rahman, Md. Rashid Suib, Misri
Thariano[31],
Mohamad Alias Haji Chik[32], Dr. Mohamad Haji
Bokhari, Mohamed Shahar Shaari, Mohd. Arshad Hussin, Mohd. Jaffri Sarif, Mohd.
Mortadza Bohari[33],
Mohd. Najid Md. Zain, Profesor Madya Dr. Mohd. Nasir Masran[34], Mohd. Rasdi
Saamah[35], Mohd. Saderi Haji
Dahali, Mohd. Safian Hashim, Mohd. Salim Ahmad, Mohd. Salleh Yahya[36], Mohd. Sharom
Mohd Shariff[37],
Mohd. Sidek Mohd Dolah[38], Mohd. Toha
Mohd. Ali[39],
Mohd. Yusof Mohd. Ali, Mohd. Zin Abd. Aziz, Mohtar Roslan, Mokhtar Ali, Mor
Seman[40], Mudin
Sulaiman, Muhamad Ibrahim[41], Mutakal Haton[42], Nadzeri Isa[43], Nasrol Mohd.
Noor[44], Nawi Ismail [45], Nik Daud Haji
Mat Yunus.
Nik Hassan Basri Haji Nik Abd.
Kadir[46], Nordin
Mohamad[47], Norizan
Ismail, Norma Abd. Samad, Normah Maarop, Norman Ngah Mudi[48], Olen Tabor[49], Othman Hamid,
Radzuan Haji Kamaruddin, Rahmah Illias, Ramli Hasbi, Ramliy Ahmad, Roslan
Ismail[50], Rosni Yusof,
Sahbudin Harun[51],
Salasiah Maria Talib[52], Dr. Seman
Salleh[53], Shamsuddin
Abu Bakar, Shoeb Man[54], Siti Hawa
Othman, Siti Maryati Md. Dasin[55], Sk. Mohd.
Saupi Lawi[56],
Suaidi Otek[57],
Syed Mohd. Azhan Syed Hassan, Tan Huat Chye, Tommy Nollie[58], Wan Munah Wan
Hamid, Yahaya Suip[59], Yusuf
Mustanir[60],
Zabibiwati Abu Mansor[61], Zahariah
Darus, Zainal Abidin Daud[62], Zainal Abidin
Samsuddin, Zaitun Normah Kamaruddin, Zaleha Fadzil[63], Zawiah Shukor[64], Zubaidah Haji
Mahmood, Zubir Mohd. Nor dan Zulkiffly Ujang.
Nama
dan jawatan sebahagian daripada mereka yang saya nyatakan tersebut merupakan
maklumat semasa data ini dikutip. Saya yakin bahawa majoriti daripada mereka
sudah bersara daripada perkhidmatan kerajaan. Saya juga memohon maaf kepada
mereka yang saya tidak nyatakan maklumat tempat bertugas atau maklumat terkini
mereka kerana tiada maklumat yang pasti untuk saya masukkan dalam penulisan ini.
Kepada mereka yang telah kembali ke Rahmatullah, sama-samalah kita berdoa agar
roh mereka diletakkan dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah.
[1] Universiti Pertanian Malaysia telah ditukar nama
kepada Universiti Putra Malaysia pada tahun 1997.
[3] Program ini mula ditawarkan oleh UPM mulai sesi
pengajian 1981/1982 dengan mengambil pelajar pertama dalam kalangan guru-guru
Bahasa Melayu lepasan maktab.
[4] Fakulti Pengajian
Pendidikan (FPP) ditubuhkan pada 15 Januari 1975. Pada awal penubuhannya, FPP
dikenali sebagai Fakulti Perkhidmatan Pendidikan selaras dengan fungsi utama
fakulti pada ketika itu.
[5] Pada 1 Januari 1999,
Jabatan Komunikasi Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia dipindahkan ke Fakulti
Pengajian Bahasa Moden dengan nama baharunya Jabatan Komunikasi. Dengan
pemindahan ini juga, Fakulti Pengajian Bahasa diberi nama baharu, iaitu Fakulti
Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK).
[7] Pegawai SIPartner+ PPD Kuala Terengganu.
[10] Bersara dengan jawatan Pensyarah Kanan IPG Kampus Tun
Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.
[11] Bersara dengan jawatan Pensyarah Kanan IPG Kampus
Ipoh, Perak.
[12] Bersara dengan jawatan Pengetua SMK Manchis, Bentong,
Pahang.
[13] Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan
Sabah.
[14] Timbalan Pengarah, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban,
Negeri Sembilan.
[16] Bersara sebagai pendidik di SMK Jalan Batu, KL.
[17] Centre of Excellence (CoE), Educational Multimedia
Department (FP), Universiti Teknologi Malaysia.
[19] Pensyarah Kanan di IPG Kampus Batu Lintang, Kuching,
Sarawak.
[21] Bersara sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Tengku
Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.
[22] Bersara dengan jawatan Pengetua di SMK Mambau,
Seremban, Negeri Sembilan.
[24] Pensyarah di Jabatan Dasar dan Pengurusan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
[25] Bersara dengan jawatan Pensyarah Kanan IPG Kampus Tun
Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.
[26] Bersara Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Kampong
Jawa, Klang, Selangor.
[27] Pensyarah Kanan di IPG Kampus Bahasa Melayu, KL.
[30] Guru di SMK Bandar Putra, Kulai, Johor.
[31] Pegawai SIPartner+, PPD Kulai, Johor.
[34] Pensyarah Kanan di Fakulti Pendidikan, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
[35] Bersara dengan jawatan Setiausaha Akademik, IPG Kampus
Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.
[36] Bersara sebagai pensyarah Maktab Perguruan Sri Pinang,
Pulau Pinang.
[37] Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, di PPD Melaka
Tengah.
[38] Bersara dengan jawatan Pengetua di SMK Bandar Tasik
Selatan, KL.
[42] Pegawai Pendidikan Daerah Jempol/Jelebu, Negeri
Sembilan.
[43] - Bersara dengan jawatan Pensyarah Kanan di IPG Kampus
Bahasa Melayu, KL.
[45] Bersara dengan jawatan Gred Khas C di Sekolah Menengah
Teknik Terengganu dan Tokoh Guru Negeri Terengganu 2018.
[46] Bersara dengan jawatan Pensyarah Kanan di Fakulti
Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim,
Perak.
[47] Bersara dengan jawatan Guru Kanan di SMK Kuala Krai,
Kelantan.
[49] Bersara dengan jawatan Pensyarah Kanan di IPG Kampus
Rajang, Bintangor, Sarawak.
[52] Penolong Kanan SMS Seri Puteri, Shah Alam, Selangor.
[53] Pensyarah Kanan di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, KL.
[56] Ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Pulau
Pinang.
[57] Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Sarawak.
[58] Bersara dengan jawatan Ketua Jabatan Penyelidikan dan
Inovasi Profesionalisme Keguruan di IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah.
[59] Bersara dengan jawatan Pengetua di Bandar Seri Alam,
Masai, Johor.
[60] Bergiat aktif dengan aktiviti penulisan dan aktivis
kesusasteraan Melayu di Kuching, Sarawak.
[61] Pegawai SIPartner+, PPD Petaling Perdana, Selangor.
[62] Bersara dengan jawatan Pegawai Pendidikan Daerah
Jerantut, Pahang.
[63] Pensyarah Kanan di IPG Kampus Teknik, Bandar Enstek,
Negeri Sembilan.
[64] Bersara dengan jawatan Pensyarah Kanan di IPG Kampus
Bahasa Melayu, KL.





