Hari ini genap 15 hari Ramadan 1430 bersamaan dengan 5 September 2009, yang turut bermakna sudah 15 hari umat Islam berjaya mengharungi cabaran dalam bulan yang amat mulia dan berkat ini. Bagi kanak-kanak pula tentunya kejayaan melepasi 15 hari Ramadan amat bermakna bagi mereka kerana mereka sudah benar-benar melepasi ‘tempoh sukar’ ujian itu. Fasa berikutnya adalah lebih mudah untuk mereka lepasi apa lagi jika terdapat pelbagai tawaran dan ganjaran yang dijanjikan oleh ibu bapa untuk dihadiahkan sekiranya mereka berpuasa cukup sebulan. Atau mungkin fasa kedua ini mereka lebih bersemangat dengan adanya suasana yang menampakkan hari raya semakin sudah hampir seperti lagu-lagu hari raya dan iklan hari raya ke udara di radio atau televisyen, ruangan akhbar dipenuhi dengan iklan dan tawaran hebat hari raya, poster-poster dan sepanduk jualan sempena hari raya terdapat di mana-mana, suasana demam hari raya di sana sini dan sebagainya.Suasana tersebut sebenarnya bukan sahaja menambahkan ‘semangat berpuasa’ kepada kanak-kanak, malah orang dewasa lebih teruja berbanding golongan kanak-kanak tersebut. Dengan itu 15 hari terakhir Ramadan ini kita nampaknya mula cenderung kepada pelbagai tawaran yang lebih menggamit kita ke pusat-pusat membeli atau pasar-pasar raya atas alasan untuk memenuhi permintaan anak-anak tadi. Lalu biasanya kerana kesibukan bekerja pada waktu siang hari, selain Sabtu atau Ahad (Jumaat atau Sabtu bagi negeri-negeri tertentu) maka pada waktu malam sahajalah kita anggap masa yang paling sesuai untuk merebut tawaran-tawaran tersebut, khususnya bagi kebanyakan mereka yang tinggal di bandar-bandar besar. Dengan itu pada 15 hari terakhir Ramadan kita menjadi lompang di sana sini terutama pada hari-hari terakhir Ramadan pada setiap tahun. Keadaan ini kerana kita juga kadang-kadang terlupa bahawa pada sepanjang Ramadan sememangnya terdapat pelbagai tawaran menarik. Lalu pada Ramadan kali ini elokkan kita hadkan pada waktu siang sahaja untuk merebut tawaran hari raya itu, manakala pada sebelah malamnya kita merebut tawaran kelebihan Ramadan pula.
4 ulasan:
Salam..Tahniah cikgu kerana dapat menjejaki rakan2 lama walaupun dah berahun-tahun..terharu saya membacanya dan rasa rindu pulak dengan rakan2 semua bila melihat senarai nama rakan2 lama yang dah bertahun2 tak jumpa...semoga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk menjalankan tugas harian...mohon cikgu dapat hubungi saya di talian pejabat saya, PPD Ranau( 088 875323)...
Rasdi.Menarik.Saya lihat no.telefon
rakan sekelas dengan saya,Siti Dayang PIS/79/80 yang cukup lama saya tidak ketemui sehingga kini. Saya meninggalkan Sabah pada tahun1986. Anda daripada MPG boleh memghubungi saya di mo.013-4815577 atau kalau sudi lawatilah blog saya yang tidak seberapa:http://www.shakirbshrd.blogspot.com
Salam...selamat berjumpa kembali...harap2 masi kenal maklumlah semakin hari semakin antik.. rindu sangat dgn kwn2 lama, nostalgia n kenangan lama sentiasa segar dlm ingatan. Sesiapa yang masih mengenali saya.. hubungi saya.. e-mail hasyimah_sadi@yahoo.com
(facebook)
Hasimah Sadi
PMIA 1989/1980
MPG
salam.Hasrat untuk mencari cerita terkini mengenai pak din telah menemukan saya di sini.seronoknya dpt tahu adik-adik junior berada sekarang.Tapi ada gak info tu dah berubah sekarang tapi nak tambahkan je - Allih Marjaman PMIA 79/80 GPK Kokurikulum di SK Puun Tunoh Penampang(kebetulan saya dulu senior dan kini GB dia pulak),kini Rusinam Muntu GPK 1 di SK Kibabaig,Penampang, Lazarus Asong baru pulih dari stroke kini GB di SK Togudon, Tampasak, Ppang. Pernah juga singgah rumah Khalid - digelar mat grease masa freshie di parit Yusof,Muar.Waktu lawatan MGB kota Kinabalu ke Kelantan dan Terengganu awal tahun 2010,ada gak jumpa Amanah, Rosnam, Zahariah (anak buah Bonda Allahyarham Puan Zaharah Ahmad) dan suaminya Yunus(kini di IPG K.T).Kalau nak kumpul kat kk,bole la akak senior ni join sekaki.Tahniah atas kesungguhan cikgu menjejak kasih daripada :ctmyhoney,kota kinabalu/PMIA/MPG78/79
Catat Ulasan