RENUNGAN BERSAMA:

Renungan Bersama:

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya" Surah Al-Maidah Ayat 2.

13 September 2009

AlFatihah: Allahyarham Ustaz Ya Hashim

Kota Bharu 12 September 2009 – Ustaz Ya Hashim, rakan setugas semasa di SMK Agama Limauan, Kota Kinabalu 1982 -1986 telah kembali ke Rahmatullah kerana terlibat dengan kemalangan, iaitu dirempuh oleh motosikal yang ditunggang laju oleh dua remaja semasa Allahyarham berjalan kaki balik daripada menunaikan solat tarawih di surau berhampiran dengan rumahnya. Semasa hayatnya Allahyarham pernah berkhidmat di SMK Agama Limauan, SMK Agama Inanam, Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu dan Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan sebelum bersara wajib kira-kira 10 tahun yang lalu. Allahyarham yang menetap di Pengkalan Chepa, Kelantan telah meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak. Kepada rakan-rakan atau sesiapa yang pernah berkhidmat atau belajar di bawah bimbingan Allahyarham atau mengenali Allahyarham, sama-samalah kita sedekahkan AlFatihah dan kita doakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT hendaknya. Alfatihah.