RENUNGAN BERSAMA:

Renungan Bersama:

Dari Abu Bakar As Syiddiq RA ia berkata, "Rasulullah saw bersabda: "Wajib atasmu berlaku jujur, kerana jujur itu bersama kebaikan, dan keduanya di syurga. Dan jauhkanlah dirimu dari dusta, kerana dusta itu bersama kedurhakaan, dan keduanya di neraka." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban di dalam syahihnya).

19 April 2009

Praktikum KPLI LPBS Berakhir

Praktikum bagi guru-guru dalam latihan (GDL) untuk Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) j-QAF Ambilan Januari 2008 dan KPLI-SK-LPBS (Sekolah Kurang Murid) Ambilan November 2007 selama 12 minggu yang bermula pada 19 Januari 2009 telah berakhir pada 17 April 2009. Semua GDL terlibat menjalani sesi praktikum di sekolah di mana mereka ditempatkan dan praktikum merupakan sebahagian daripada syarat lulus kursus perguruan sebagaimana juga kursus perguruan mod sepenuh masa dan Kursus Dalam Cuti (KDC). Mereka dibimbing dan dinilai oleh Pensyarah dan Guru Pembimbing masing-masing dengan mengambil kira aspek perancangan, pelaksanaan, amalan refleksi, penglibatan dalam kokurikulum, sikap dan sahsiah semasa menjalani praktikum tersebut.
Untuk sesi praktikum kali ini saya telah menyelia 4 orang GDL iaitu dua orang di SK Sulaiman, Bentong, masing-masing seorang di SK (LKTP) Chini 3 & 5 dan SK (LKTP) Chini Timur 2 kedua-duanya dalam daerah Pekan, Pahang. Selain itu saya juga turut ditugaskan untuk membuat penyeliaan rentasan terhadap 3 orang GDL di SK Kechor Tui dan SK Kemahang, kedua-dua di daerah Lipis dan seorang lagi ialah GDL KPLI KDC Pemulihan Khas (SKM) Ambilan November 2007 pelatih IPGM Kampus Datuk Razali Ismail, Kuala Terengganu di SJK(Tamil) Ladang Sungai Kawang, Temerloh, Pahang. Berikut ialah profail ringkas sekolah-sekolah di bawah penyeliaan saya:

Sekolah Kebangsaan Sulaiman, Bentong, Pahang.
Terletak di tengah-tengah bandar Bentong dengan jarak kira-kira 100 km dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.
Guru Besar: En. Azor bin Yusof



Jumlah murid: 901 orang
Jumlah Guru: 67 orang
Guru Dalam Latihan: Afiq Firdaus bin Mashudi dan Mohd. Nazari bin Mansor
Program: KPLI LPBS j-QAF Ambilan Januari 2008








Sekolah Kebangsaan (LKTP) Chini 3 & 5, Pekan, Pahang. Terletak di Gugusan Felda Chini dengan jarak kira-kira 265 km dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.
Guru Besar: Tn. Hj. Abdul Ghani bin Hassan



Guru Penolong Kanan Pentadbiran: Hassan bin Ahmad
Jumlah murid: 590 orang
Jumlah Guru: 40 orang
Guru Dalam Latihan: Zul Hairi bin Ahmad
Program: KPLI LPBS j-QAF Ambilan Januari 2008

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Chini Timur 2, Pekan, Pahang.
Terletak di Gugusan Felda Chini Timur dengan jarak kira-kira 285 km dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Guru Besar: En. Radhi bin Che Ibrahim
Guru Penolong Kanan Pentadbiran: Mohd Suhaimi bin Mahmood
Jumlah murid: 464 orang
Jumlah Guru: 35 orang
Guru Dalam Latihan: Sa’anoriadan bin Saadun
Program: KPLI LPBS j-QAF Ambilan Januari 2008















Sekolah Kebangsaan Kechor Tui, Kuala Lipis, Pahang.
Terletak di Jalan Kuala Lipis – Gua Musang dengan jarak kira-kira 25 km dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.
Guru Besar: En. Roslan bin Abd. Latif

Guru Penolong Kanan Pentadbiran: Pn. Arbaayah bt. Shaari
PK Hal Ehwal Murid: Pn. Noorhayati bt. Mohd. Said
PK Kokurikulum: En. Zulkifli bin Esa
Jumlah murid: 153 orang
Jumlah Guru: 16 orang
Guru Dalam Latihan: Mohd. Fairus bin Mat Saad
Program: KPLI LPBS j-QAF Ambilan Januari 2008







Sekolah Kebangsaan Kemahang, Kuala Lipis, Pahang.
Terletak di Jalan Benta – Jerantut dengan jarak kira-kira 35 km dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.




Guru Penolong Kanan Pentadbiran: En. Mazlan bin Ismail
PK Hal Ehwal Murid: Pn. Rashidah bt. Ahmad Jopri
PK Kokurikulum: En. Noorsaidi bin Abdullah
Jumlah murid: 103 orang
Jumlah Guru: 13 orang
Guru Dalam Latihan: Mohd. Adlan bin Jalil
Program: KPLI LPBS j-QAF Ambilan Januari 2008



















Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Kawang, Lanchang, Temerloh, Pahang.
Terletak di Jalan Karak – Temerloh dengan jarak kira-kira 150 km dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.
Guru Besar: En. Manokaran a/l Rajor


Guru Penolong Kanan Pentadbiran: Pn. Santaimarai a/p Punusamy
Jumlah murid: 62 orang
Jumlah Guru: 11 orang
Guru Dalam Latihan: Chandramathi a/p Nathan
Program: KPLI SR KDC Pemulihan Khas (SKM) Ambilan November 2007, IPGM Kampus Datuk Razali Ismail, Kuala Terengganu.

09 April 2009

Afzan Bikers Club (ABC)

Meskipun sibuk dengan tugas seharian, namun aktiviti berbentuk riadah tetap diadakan untuk mengisi masa lapang. Untuk tujuan tersebut sekumpulan rakan-rakan pensyarah di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis telah menubuhkan kelab motosikal berkuasa besar iaitu Afzan Bikers Club (ABC) pada awal November 2008 yang lalu. Sehingga kini seramai lapan orang pensyarah yang memiliki motosikal kelas tersebut telah menyertai kelab ini dengan beberapa aktiviti permulaan telah diadakan sejak penubuhannya. Pengerusi ABC ialah Tuan Haji Mhd. Said Ibrahim, Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGMKTAA, ahli-ahli lain ialah En. Dzulkarnain Mat, Ketua Unit Khidmat Pengurusan IPGMKTAA, En. Abd. Jamil Sabdin dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd. Faizal Hassan dari Jabatan Ilmu Pendidikan, En. Shahnam Abd. Rashid dan En. Mohd. Asri Abd. Razak dari Jabatan Pengajian Melayu, En. Azhar Ariffin dan En. Sarudin Mat Amin dari Jabatan PJK dan En. Mohd. Nazri Hassan dari Jabatan Sains dan Matematik.
Sehingga kini beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya mengiringi Kelab Motosikal Guru-Guru Daerah Bentong ke Taman Negara, Jerantut dan mengiringi guru SK Tempoyang yang bersara wajib serta beberapa aktiviti hujung minggu yang lain.












04 April 2009

Majlis Konvokesyen UUM Kali Ke-22

Pada 28 Mac 2009 kami telah menghadiri Majlis Konvokesyen UUM Kali Ke-22 untuk meraikan anak sulung kami yang menerima ijazah pada 29 Mac 2009. Beliau telah melanjutkan pelajaran di UUM dalam jurusan Pengurusan Pelancongan mulai sesi Julai 2005 setelah menamatkan pelajarannya di Kolej Matrikulasi Pahang pada awal tahun 2005. Sidang Pertama Majlis konvokesyen UUM (Mac 2009) ini diadakan pada 28 hingga 30 Mac 2009 dengan seramai 4,598 orang graduan menerima ijazah Ph. D, Sarjana dan Sarjana Muda, yang mana 12 orang daripadanya ialah penerima ijazah Ph. D. Jumlah graduan yang telah dikeluarkan oleh UUM sejak 1988 hingga Mac 2009 ialah seramai 62,428 orang bagi ketiga-tiga ijazah tersebut.