Blog ini memaparkan laluan perjalanan hidup serta pengalaman peribadi blogger agar dapat dikongsi bersama secara positif, ikhlas dan bertanggungjawab oleh sesiapa sahaja yang melawatinya.
RENUNGAN BERSAMA:
Renungan Bersama:
Dari Abu Bakar As Syiddiq RA ia berkata, "Rasulullah saw bersabda: "Wajib atasmu berlaku jujur, kerana jujur itu bersama kebaikan, dan keduanya di syurga. Dan jauhkanlah dirimu dari dusta, kerana dusta itu bersama kedurhakaan, dan keduanya di neraka." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban di dalam syahihnya).
04 April 2009
Majlis Konvokesyen UUM Kali Ke-22
Pada 28 Mac 2009 kami telah menghadiri Majlis Konvokesyen UUM Kali Ke-22 untuk meraikan anak sulung kami yang menerima ijazah pada 29 Mac 2009. Beliau telah melanjutkan pelajaran di UUM dalam jurusan Pengurusan Pelancongan mulai sesi Julai 2005 setelah menamatkan pelajarannya di Kolej Matrikulasi Pahang pada awal tahun 2005. Sidang Pertama Majlis konvokesyen UUM (Mac 2009) ini diadakan pada 28 hingga 30 Mac 2009 dengan seramai 4,598 orang graduan menerima ijazah Ph. D, Sarjana dan Sarjana Muda, yang mana 12 orang daripadanya ialah penerima ijazah Ph. D. Jumlah graduan yang telah dikeluarkan oleh UUM sejak 1988 hingga Mac 2009 ialah seramai 62,428 orang bagi ketiga-tiga ijazah tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan