
Meskipun sibuk dengan tugas seharian, namun aktiviti berbentuk riadah tetap diadakan untuk mengisi masa lapang. Untuk tujuan tersebut sekumpulan rakan-rakan pensyarah di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis telah menubuhkan kelab motosikal berkuasa besar iaitu Afzan Bikers Club (ABC) pada awal November 2008 yang lalu. Sehingga kini seramai lapan orang pensyarah yang memiliki motosikal kelas tersebut telah menyertai kelab ini dengan beberapa aktiviti permulaan telah diadakan sejak penubuhannya. Pengerusi ABC ialah Tuan Haji

Mhd. Said Ibrahim, Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGMKTAA, ahli-ahli lain ialah En. Dzulkarnain Mat, Ketua Unit Khidmat Pengurusan IPGMKTAA, En. Abd. Jamil Sabdin dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd. Faizal Hassan dari Jabatan Ilmu Pendidikan, En. Shahnam Abd. Rashid dan En. Mohd. Asri Abd. Razak dari Jabatan

Pengajian Melayu, En. Azhar Ariffin dan En. Sarudin Mat Amin dari Jabatan PJK dan En. Mohd. Nazri Hassan dari Jabatan Sains dan Matematik.

Sehingga kini beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya mengiringi Kelab Motosikal Guru-Guru Daerah Bentong ke Taman Negara, Jerantut dan mengiringi guru SK Tempoyang yang bersara wajib serta beberapa aktiviti hujung minggu yang lain.

3 ulasan:
Hola, queres hacer un denerito extra?? Te dejo una pagina espectacular, NEOBUX, este es el link http://www.neobux.com/?r=rorro1491, cualquier duda consultenme.
Hi, do you want to make some extra cash?? I discovered NEOBUX, it's amazing, here is the link http://www.neobux.com/?r=rorro1491, if you have any dude, go to my blog and ask me.
Assalamualaikum...
Sesuatu pemikiran yang terlontar dan berpusing-pusing di dalam akal demi menterjemahkan ABC... =)
salam, moh join LBC (Lipis Bikers Club) http://lbc.my-forums.net
Catat Ulasan