RENUNGAN BERSAMA:

Renungan Bersama:

Dari Abu Bakar As Syiddiq RA ia berkata, "Rasulullah saw bersabda: "Wajib atasmu berlaku jujur, kerana jujur itu bersama kebaikan, dan keduanya di syurga. Dan jauhkanlah dirimu dari dusta, kerana dusta itu bersama kedurhakaan, dan keduanya di neraka." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban di dalam syahihnya).

23 Oktober 2008

Jamuan Hari Raya JPM

Dalam kesibukan tugas harian, Jabatan Pengajian Melayu IPTAA telah sempat mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri hari ini, 22 Oktober 2008 iaitu hari ke-22 Syawal 1429. Semua staf akademik dan staf sokongan telah dijemput menghadiri jamuan tersebut yang bermula kira-kira jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 1.00 tengah hari. Pelbagai juadah gandingan tradisional dan moden telah dihidangkan. Tuan Pengarah telah hadir bersama-sama dengan KPP Unit HEP, BPG, Kementerian Pelajaran Malaysia pada kira-kira jam 11.30 pagi.
Pada tahun ini sambutan Hari Raya di peringkat jabatan dan unit nampaknya lebih rancak berbanding pada tahun-tahun yang lepas. Setakat ini hampir semua jabatan telah mengadakan ‘rumah terbuka’ masing-masing sejak dari selepas cuti Hari Raya tiga minggu lalu. Sambutan seperti ini sememangnya wajar dijadikan satu tradisi pada masa-masa akan datang untuk mengeratkan silaturrahim antara warga institut. Apa yang penting biarlah ianya disambut dengan kadar kemampuan dan sederhana. Sekian. Maaf zahir dan batin!

Tiada ulasan: