Pengumuman Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail bahawa seramai 8,000 kakitangan sokongan penyelenggaraan komputer akan ditempatkan di 10,000 buah sekolah di seluruh negara dalam laporan akhbar pada 11 Oktober 2008 tentunya amat dialu-alukan oleh pihak sekolah. Mereka akan ditempatkan di sekolah-sekolah menengah dan rendah yang mempunyai makmal komputer. Apa yang umum sedia maklum bahawa sebelum ini sekolah hanya disediakan insfrastruktur sahaja iaitu makmal komputer dan komputer, tetapi aspek penyelenggaraan tidak disediakan. Justeru itu ada di antara makmal komputer di sekolah tidak dapat ‘diimarahkan’ sepenuhnya sebagaimana kehendak objektif asal pembinaannya.Makmal komputer sepatutnya menjadi nadi kepada setiap sekolah yang ada kemudahan tersebut dalam aspek P&P guru. Guru-guru di sekolah yang mempunyai kemudahan ini sepatutnya berada selangkah ke hadapan berbanding rakan-rakan mereka yang tidak disediakan makmal tersebut. Dan itulah merupakan semangat sebenar kebanyakan daripada mereka. Tetapi malangnya apabila berlakunya sebarang kerosakan, maka tergendalalah juga hasrat murni mereka kerana pihak sekolah terpaksa ‘menyerahkan’ urusan tersebut kepada pihak swasta untuk mengatasinya. Maka masa dan ongkos sudah tentu dimasukkan dalam perkiraaan.
Jadi dengan pelantikan ini diharap dapat menguntungkan banyak pihak, antaranya guru dapat menumpukan sepenuhnya kepada P&P, sekolah dapat menyelamatkan wang penyelenggaraan, sekolah tidak terlalu bergantung kepada swasta, makmal komputer kembali berfungsi dengan rancak dan pihak kerajaan dapat menjimatkan kos perbelanjaan. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan