![]() |
| Kelas PMIA 1 MPG (1980) |
Duduk dari kiri: Maznah Harun (Kelantan), Zuraidah Ali (Negeri Sembilan), Fatimah Othman (Johor), Abd. Wahid Ramali (Selangor), Pn. Siti Zaharah Aman (Pensyarah BM), Pn. Zaharah Rofli (Pensyarah Geografi), Ismail Ghazali (Kedah), Normadiah Naemat (Negeri Sembilan), Teh Ah Nan (Perak), Raymund Simin - kini Rohaya Simin (Sabah), Mahinder Kaur (Sabah - kini Nurulhuda Abdullah, bertugas sebagai Pensyarah di IPGM, Kampus Gaya, Kota Kinabalu).
Berdiri dari kiri: Gasmin Nasip (Sabah), Azmi Bakar (Kedah), saya (Kelantan), Nasir Jalil (Terengganu), Addanan Tan (Perak), Allahyarham Wan Hassan Wan Nawang (Kelantan - berhenti untuk ke UKM, kemudian menjadi guru dan telah meninggal pada pertengahan tahun 1990-an kerana komplikasi jantung), Mohd Hamis Mohd. Salleh (Johor), Mahdoon Salim (Johor), Norhasanah Wakis (Johor), Jasmin Daud (Kedah), Sadinah Tati @ Stella Sitaim (Sabah), Shahardin Hashim (Perak), Zaidi Osman (Melaka), Awang Koding Che Tom (Terengganu), Abd. Jalil Shariff (Johor), Haimin Dusilin (Sabah) dan Mohanadiah Hj. Othman (Perak - berhenti untuk ke UKM, kemudian bertugas di Jabatan Perbendaharaan Negara, Kuala Lumpur).
Selain
mengikuti kuliah akademik, kami juga wajib menyertai kegiatan kokurikulum
persatuan, permainan dan unit beruniform. Semasa Tahun Satu, saya menyertai
Persatuan Sains Sosial, Pengakap dan kokurikulum permainan Hash House Harriers[8]
(HHH atau H3). Saya tertarik dengan HHH kerana sukan ini agak berbeza daripada
kebanyakan sukan lain dan merupakan perkara baru bagi kami pada ketika itu. HHH
di MPG di bawah penasihat Puan Helen Koding sangat aktif. Kami telah membuat
larian di kawasan-kawasan luar bandar di sekitar Kota Kinabalu, Putatan, Penampang,
Likas, Inanam dan Menggatal[9].
Kami juga telah membuat larian di sekitar bandar Keningau sempena lawatan ke
OISCA[10]
Keningau pada 11 hingga 13 April 1980 dan di Pulau Sapi pada 21 Jun 1980. Selain
HHH saya juga menyertai kokurikulum permainan sofbol (Softball) yang dipengerusikan oleh Saudara Jasmin Elahan, guru
pelatih senior dari Semporna.
Untuk kegiatan
kokurikulum unit beruniform, saya memasuki Pergerakan Pengakap yang mana
pensyarah penasihatnya ialah Encik Baharuddin Ujang dan Encik Zainal Salleh[11].
Di MPG kami telah mengadakan perjumpaan mingguan sekali seminggu dengan
melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan. Saya dan beberapa orang ahli lain
juga telah terpilih untuk menghadiri Majlis Pentauliahan Pengakap Diraja
Peringkat Negeri Sabah di Istana Negeri pada 28 Februari 1981, di mana beberapa
tokoh pengakap Sabah telah menerima tauliah tersebut. Sebagai ahli Pergerakan
Pengakap, saya telah mendapat Sijil Manikayu 1 dan 2 selepas mengikuti Kursus
Sijil Manikayu 1 di SMJK Lok Yuk, Likas dan Kursus Sijil Manikayu 2 di MPG pada
tahun 1980. Kami juga ditugaskan untuk menyertai perjumpaan mingguan pengakap di
sekolah-sekolah sekitar Kota Kinabalu bagi tujuan pendedahan kepada aktiviti
pengakap di sekolah. Untuk kegiatan kokurikulum kelab dan persatuan, saya
menyertai Persatuan Sains Sosial di bawah pensyarah penasihat Puan Zaharah
Rofli.
Pelajar-pelajar
kelas kami pada ketika itu ialah Abdul Wahid Ramali yang lebih dikenali sebagai
Ustaz Wahid (Sabak Bernam, Selangor), Zaidi Osman (Melaka), Adanan Tan (Parit,
Perak), Abd Jalil Sharif[12]
(Kulai, Johor), Gasmin Nasip[13]
(Pitas, Sabah), Azmi Bakar (Sungai Petani, Kedah), Nasir Jalil[14]
atau Mat Cinta (Kuala Terengganu),
Awang Koding Che Tom[15]
(Kuala Terengganu), Mohd Hamis Salleh[16]
(Batu Pahat, Johor), Mahdoon Salim (Tangkak, Johor), Norhasanah Wakis (Muar,
Johor), Mohanaddiah Hj. Othman[17]
(Parit, Perak), Allahyarham Wan Hassan Wan Nawang[18]
(Tanah Merah, Kelantan), Jasmin Daud (Pendang, Kedah), Sadinah Tati @ Stella Sitaim
(Kinarut, Sabah), Shahardin Hashim atau Badang
(Teluk Intan, Perak), Haimin Dusilin (Ranau, Sabah), Maznah Harun[19]
(Pasir Putih, Kelantan), Zuraidah Ali (Pedas, Negeri Sembilan), Ismail Ghazali
(Alor Setar, Kedah), Fatimah Othman (Johor Bahru), Normadiah Naemat (Linggi, Negeri
Sembilan), Teh Ah Nan (Ipoh, Perak), Ilyas Zakaria atau Datuk Ilbiza (Bachok, Kelantan), Raymund (kini Rohaya) Simin (Ranau, Sabah),
Mahinder Kaur[20]
(Kota Kinabalu), Nurulhayati Saruan (Batu Pahat, Johor), Habibah (Rembau, Negeri
Sembilan), Ismail Daud[21]
(Jerantut, Pahang), Rohana Zakaria (Kota Bharu, Kelantan), Tang Giok San (Kota
Bharu, Kelantan), Siti Rahmah Othman (Pulau Pinang) dan saya (Pasir Mas,
Kelantan).
Saya
mendapat tawaran untuk memasuki Maktab Perguruan Gaya (MPG), Kota Kinabalu semasa
sedang menduduki peperiksaan STP pada 20 November 1979. Saya menerima tawaran
tersebut dan kemudiannya telah melaporkan diri di MPG pada 18 Januari 1980
dengan Kursus Peringkat Awal Remaja (PPAR)[1]
Pengajian Melayu dan Ilmu Alam (PMIA) dengan tempoh pengajian selama 2 tahun. Pengetua
MPG pada ketika itu ialah Encik Abd. Aziz Kadir, Timbalan Pengetua ialah Puan
Hajah Rita T. Jaafar (kini Datuk Hajah Rita[2])
dan Encik J. Amaladoss sebagai Setiausaha Pentadbir. Encik Abd. Aziz Kadir
berasal dari Kelantan dan merupakan Pengetua MPG ke-7 selepas J. E. Todd,
Nordin Nasir, Hashim Jasa, Ahmad Dahan, Haji Hamdan Haji Abd Rahman dan Abu
Bakar Don. Kursus-kursus lain di MPG pada ketika itu ialah Pengajian Inggeris
dan Sejarah (PIS), Sains Rumah Tangga (SRT ),
Ilmu Sains (IS), Ilmu Hisab (IH), Perdagangan (PG), Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Seni (PJPS) dan Seni Perusahaan (SP) yang semuanya dikhususkan untuk
mengajar di sekolah menengah apabila tamat pengajian nanti. Pensyarah penasihat
kelas PMIA Tahun Satu ialah Puan Zaharah Rofli, iaitu isteri kepada Encik Rofli
Jauhari yang juga pensyarah di maktab ini.
Pensyarah-pensyarah
yang mengajar di kelas kami semasa Tahun Satu ialah Allahyarham Puan Zaharah
Rofli (Geografi), Encik Abdul Jalil Hj. Tahir[3]
(Psikologi Pendidikan), Allahyarham Encik Awang Piut Matumar dan Puan Helen
Koding[4]
(Falsafah Pendidikan), Puan Hanem Omar[5]
(Kefasihan Bahasa Inggeris I), Puan Siti Zaharah Aman dan Encik Leopold Chen
Yong Po (Muzik), Puan Rahimah Quadra[6]
(Sains), Encik Johan Ahmad (Pendidikan Seni), Encik Ng Kam Loy (Matematik),
Encik Kotley Lasnah (Pendidikan Pandang Dengar), Ustaz Ali Abdul Aziz (Pendidikan
Islam), Encik Bernard Paul Gumbiron[7]
(PJK Asas), Encik Voo Min Chu (Sains Perpustakaan) dan Puan Lee Meng Soon (Ilmu
Pendidikan). Semasa dalam Tahun Satu kami dikehendaki belajar hampir kesemua
mata pelajaran termasuk Matematik dan Sains walaupun opsyen kami Pengajian
Melayu dan Ilmu Alam. Semua mata pelajaran diajar secara teori dan juga
praktikal bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Pandang Dengar, PJK Asas
dan Pendidikan Seni.
Selain
mengikuti kuliah akademik, kami juga wajib menyertai kegiatan kokurikulum
persatuan, permainan dan unit beruniform. Semasa Tahun Satu, saya menyertai
Persatuan Sains Sosial, Pengakap dan kokurikulum permainan Hash House Harriers[8]
(HHH atau H3). Saya tertarik dengan HHH kerana sukan ini agak berbeza daripada
kebanyakan sukan lain dan merupakan perkara baru bagi kami pada ketika itu. HHH
di MPG di bawah penasihat Puan Helen Koding sangat aktif. Kami telah membuat
larian di kawasan-kawasan luar bandar di sekitar Kota Kinabalu, Putatan, Penampang,
Likas, Inanam dan Menggatal[9].
Kami juga telah membuat larian di sekitar bandar Keningau sempena lawatan ke
OISCA[10]
Keningau pada 11 hingga 13 April 1980 dan di Pulau Sapi pada 21 Jun 1980. Selain
HHH saya juga menyertai kokurikulum permainan sofbol (Softball) yang dipengerusikan oleh Saudara Jasmin Elahan, guru
pelatih senior dari Semporna.
Untuk kegiatan
kokurikulum unit beruniform, saya memasuki Pergerakan Pengakap yang mana
pensyarah penasihatnya ialah Encik Baharuddin Ujang dan Encik Zainal Salleh[11].
Di MPG kami telah mengadakan perjumpaan mingguan sekali seminggu dengan
melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan. Saya dan beberapa orang ahli lain
juga telah terpilih untuk menghadiri Majlis Pentauliahan Pengakap Diraja
Peringkat Negeri Sabah di Istana Negeri pada 28 Februari 1981, di mana beberapa
tokoh pengakap Sabah telah menerima tauliah tersebut. Sebagai ahli Pergerakan
Pengakap, saya telah mendapat Sijil Manikayu 1 dan 2 selepas mengikuti Kursus
Sijil Manikayu 1 di SMJK Lok Yuk, Likas dan Kursus Sijil Manikayu 2 di MPG pada
tahun 1980. Kami juga ditugaskan untuk menyertai perjumpaan mingguan pengakap di
sekolah-sekolah sekitar Kota Kinabalu bagi tujuan pendedahan kepada aktiviti
pengakap di sekolah. Untuk kegiatan kokurikulum kelab dan persatuan, saya
menyertai Persatuan Sains Sosial di bawah pensyarah penasihat Puan Zaharah
Rofli.
Pelajar-pelajar
kelas kami pada ketika itu ialah Abdul Wahid Ramali yang lebih dikenali sebagai
Ustaz Wahid (Sabak Bernam, Selangor), Zaidi Osman (Melaka), Adanan Tan (Parit,
Perak), Abd Jalil Sharif[12]
(Kulai, Johor), Gasmin Nasip[13]
(Pitas, Sabah), Azmi Bakar (Sungai Petani, Kedah), Nasir Jalil[14]
atau Mat Cinta (Kuala Terengganu),
Awang Koding Che Tom[15]
(Kuala Terengganu), Mohd Hamis Salleh[16]
(Batu Pahat, Johor), Mahdoon Salim (Tangkak, Johor), Norhasanah Wakis (Muar,
Johor), Mohanaddiah Hj. Othman[17]
(Parit, Perak), Allahyarham Wan Hassan Wan Nawang[18]
(Tanah Merah, Kelantan), Jasmin Daud (Pendang, Kedah), Sadinah Tati @ Stella Sitaim
(Kinarut, Sabah), Shahardin Hashim atau Badang
(Teluk Intan, Perak), Haimin Dusilin (Ranau, Sabah), Maznah Harun[19]
(Pasir Putih, Kelantan), Zuraidah Ali (Pedas, Negeri Sembilan), Ismail Ghazali
(Alor Setar, Kedah), Fatimah Othman (Johor Bahru), Normadiah Naemat (Linggi, Negeri
Sembilan), Teh Ah Nan (Ipoh, Perak), Ilyas Zakaria atau Datuk Ilbiza (Bachok, Kelantan), Raymund (kini Rohaya) Simin (Ranau, Sabah),
Mahinder Kaur[20]
(Kota Kinabalu), Nurulhayati Saruan (Batu Pahat, Johor), Habibah (Rembau, Negeri
Sembilan), Ismail Daud[21]
(Jerantut, Pahang), Rohana Zakaria (Kota Bharu, Kelantan), Tang Giok San (Kota
Bharu, Kelantan), Siti Rahmah Othman (Pulau Pinang) dan saya (Pasir Mas,
Kelantan).
[1] Kursus Peringkat
Awal Remaja (PPAR) khusus untuk mengajar di sekolah menengah, manakala Kursus
Peringkat Awal Kanak-Kanak (PPAK) khusus untuk mengajar di sekolah rendah.
[2] Datuk Hajah
Rita telah dipilih sebagai Tokoh Guru
2011 sempena Hari Guru Kebangsaan 16 Mei 2011.
[3] Bersara dengan
jawatan Pengarah, Institut Perguruan Gaya, Kota Kinabalu.
[4] Isteri kepada
Mendiang Datuk Mark Koding, Ahli Parlimen Ranau 1975-85 dan ADUN Ranau 1985-90.
[5] Telah bersara
sebagai Pengarah Pusat Bahasa, Institut Diplomasi dan Perhubungan Luar,
Kementerian Luar Negara.
[6] Isteri kepada Datuk
Kamal Quadra, bekas Pengarah MPG 1989-99 dan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah
2000 – 2004.
[7] Telah bersara
sebagai pensyarah di IPG Kampus
Keningau, Sabah.
[8] Sejenis sukan
merentas desa dengan mengikuti petunjuk-petunjuk kertas (paper chasing) yang mula diperkenalkan di Kuala Lumpur oleh A. S.
Gispert, seorang akauntan bertauliah pada tahun 1938.
[9] Pekan Menggatal asalnya sebuah kampung yang wujud sejak 1900 dan namanya
daripada perkataan ‘mangga’ dan ‘gatal’.
[10]OISCA atau
Organisation for Industrial, Spiritual and Cultural Advancement adalah sebuah
pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada 1961 di Tokyo,
Jepun oleh pengasasnya Dr. Yonosuke Nakano.
[13] Kini bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Pitas, Sabah.
[14] Kini bertugas sebagai
Penolong Kanan Ko di SK Bukit Losong, Kuala Terengganu.
[15] Kini bertugas di Unit
Kokurikulum, Universiti Malaysia Terengganu.
[16] Kini bertugas
sebagai PK HEM SMK Kuhara, Tawau, Sabah.
[17] Telah berhenti
untuk melanjutkan pelajaran ke UKM dan bertugas di Jabatan
Perbendaharaan Negara.
[18] Berhenti setelah
mendapat tawaran ke UKM, kemudian menjadi guru dan meninggal dunia pada tahun
1996 kerana masalah injap jantung.
[19] Kini bertugas di
SMK Jeram, Pasir Putih, Kelantan.
[20] kemudiannya ke
Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim di bawah Rancangan Pertukaran Pelajar (RPP ). Kini bernama Puan Nurulhuda Abdullah dan
beliau bertugas sebagai pensyarah di IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu.
[21] Kini bertugas
sebagai Guru Besar di SK Penor, Kuantan, Pahang.


2 ulasan:
azmi bakar PMIA 80'-81'
SK Pinang Tunggal,Sungai Petani,Kedah.
0134585628(azmi bakar)
Raymond Simin-Kedah
Zuraidah Ali-SMK Dato Mansor,Bahau,N.9
Catat Ulasan