RENUNGAN BERSAMA:

Renungan Bersama:

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya" Surah Al-Maidah Ayat 2.

10 Julai 2009

Kursus “Corporate Image For Lecturers”


















Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPGMTAA telah menganjurkan kursus “Corporate Image For Lecturers” untuk semua pensyarah institut ini dalam usaha mempertingkatkan imej pensyarah selaras dengan kenaikan taraf maktab perguruan kepada IPGM mulai Ogos 2008. Kursus selama dua hari yang berlangsung dari 8 hingga 9 Julai 2009 ini telah dikendalikan oleh Dr. Ab. Rahman Ibrahim. Dr. Abd. Rahman (kebetulan rakan saya semasa di sekolah menengah) berkelulusan Ph.D Komunikasi Kemanusiaan daripada Universiti Stanford merupakan konsultan bagi program-program yang melibatkan motivasi, komunikasi, latihan-latihan kepimpinan, keusahawanan, keibubapaan, pengucapan awam, pengurusan organisasi, pemasaran perkhidmatan dan pengurusan tekanan. Beliau kini bertugas di Pusat Pendidikan Luar (PPL), UPM dan Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), UUM dan boleh dihubungi melalui dak4856@yahoo.com.
Seramai 80 orang pensyarah telah terlibat dengan kursus ini dengan lapan modul dibincang dan dibengkelkan. Modul 1 bertajuk Imej Diri, Modul 2 membincangkan Konsep Penampilan Diri, Modul 3 tentang bagaimana Mengenal Bentuk Badan, Modul 4 ialah Teknik Menyerlah Bagi Wanita dan Lelaki, Modul 5 mengenai Pengenalan Protokol, Modul 6 dengan tajuk Etiket Pengacaraan Majlis, Modul 7 tentang Etiket Pertemuan dan Perkenalan, dan Modul 8 membincangkan Tatacara Menghadiri Majlis.
Tinjauan umum terhadap peserta kursus mendapati bahawa mereka bersetuju kursus ini memberi banyak manfaat kepada para peserta, walau bagaimanapun mereka berpendapat beberapa kelemahan dalam aspek-aspek tertentu boleh ditambahbaikkan bagi tujuan meningkatkan daya tumpuan peserta.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YH Dato’ Mazlan bin Mohamad, Pengarah IPGMTAA pada jam 4.30 petang.

0 ulasan: