28 Julai 2009 - Kami yang sedang hendak memulakan mesyuarat
Malaysian Qualification Framework (MQF) di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu pada pagi Selasa telah tersentak apabila dimaklumkan bahawa fasilitator utama mesyuarat ini, Encik Abu Jalil Hassan iaitu pensyarah IPGM Kampus Darul Aman, Jitra telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan telah meninggal dunia. Kejadian tersebut berlaku di Kilometer 3.1 Lebuhraya Machang-Pasir Puteh, Kelantan semasa beliau dalam perjalanan dari Perlis ke Kuala Terengganu untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Mengikut laporan akhbar, kemalangan itu telah menyebabkan dua maut manakala tiga cedera parah apabila sebuah motosikal yang

ditunggang seorang remaja hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh kereta yang dinaiki En. Abu Jalil dan dua ahli keluarganya. Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, ASP Loo Lian Lay berkata kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu meragut nyawa penunggang motosikal jenis Yamaha 125 Firdaus Mohd Nor, 18, dan En. Abu Jalil Hassan, 52, yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada KPM khususnya BPG kerana beliau merupakan salah seorang penggerak utama
Malaysian Qualification Framework (MQF) bagi IPGM dan BPG. Beliau telah banyak menyumbangkan usahanya dalam bidang ini dalam usaha IPGM mendapat pengiktirafan daripada pihak
Malaysian Qualifications Agency (MQA). Semoga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah.
1 ulasan:
al-fatiha.. semoga rohnya dimasukkan kedalam golongan org2 yg beriman... amin...
Catat Ulasan