ABPBH 2012 yang menobatkan aktor Shaheizy Sam sebagai Bintang Paling Popular
dan pemenang kategori Pelakon Filem Lelaki Popular itu meriah dengan kemunculan
ramai artis tanah air membuat persembahan termasuk Datuk M Nasir, Ziana Zain,
Ella, Jay Jay, Black dan RJ, Najwa Latif, Ainan Tasneem, Bagio Damasutra, Zarul
Umbrella, Ayai Ilusi, Amir Ukays, Datuk AC Mizal, One Nation Emcees dan
Adira.
Shaheizy
Sam yang merangkul gelaran Bintang Paling Popular itu, sekali gus meraih hadiah
lumayan yang disediakan penganjur, kereta mewah Nissan 370Z Coupe berharga
RM370,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd berserta barang kemas jenama
Habib bernilai RM150,000 tajaan Habib Jewels Sdn Bhd. Tahniah diucapkan kepada aktor Shaheizy Sam atas kejayaan
tersebut. Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 juga telah
menampilkan pemenang-pemenang
lain termasuklah Aaron Aziz, Faizal Ismail, Hafiz, Yana Samsudin, Nabila Huda,
Wawa Zainal, Aiman Hakim Ridza, Didie Alias, Fara Fauzana serta Zizan Razak,
yang juga pengacara majlis bersama Johan. Nazim Othman, Tasha Shilla, Fizz
Fairuz, Nur Fathia, Lisa Surihani, Tomok, Neelofa, Anzalna, Nadiya Nisaa,
Dazrin, Nubhan, Shah Iskandar, Rozita Che Wan dan Fizo Omar pula antara artis
yang turut menarik perhatian peminat sebagai penyampai trofi.
Namun
itu tidak penting. Dalam kemeriahan malam yang penuh berwarna-warni dengan
pelbagai gaya penampilan artis yang hampir keseluruhannya terdiri daripada artis
Melayu itu, nampaknya terdapat dalam kalangan mereka yang “lebih Barat daripada
artis Barat”. Cara berpakaian yang jauh “lebih Barat daripada artis Barat” ini
dapat disaksikan terutama sekali dalam kalangan artis-artis wanita kita yang bukanlah
gah sangat daripada segi popularitinya. Sebagai orang Melayu yang beragama
Islam, adakah hilang populariti seseorang artis itu jika mereka berpakaian sopan
dan elok dipandang mata? Datuk Siti Nurhaliza Taruddin misalnya
pernah mencipta sejarah apabila memenangi 7 kali gelaran Bintang Paling Popular
meskipun sentiasa dengan penampilan yang sopan sebagai artis Melayu dan Islam.
Justeru itu sekiranya dikatakan majlis ini ditonton oleh kira-kira 6.5 juta
orang penonton, maka penampilan yang kurang sopan itu juga turut disaksikan
oleh jumlah penonton yang sama. Maka adalah amat malang sekali jika sebahagian
daripada jumlah penonton tersebut mencemuhkan ketidaksopanan penampilan seseorang
artis pada malam itu, yang membawa makna jutaan orang yang mencemuhnya. Oleh
itu para artis perlu menjaga tatasusila berpakaian dan penampilan mereka agar
mencerminkan kita sebagai orang Melayu yang sentiasa menjaga kesopanan dan
kesusilaan dalam apa juga keadaan sekalipun. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan