Rabu 25 Mac 2009 jam 6.00 petang: Encik Hairi Yahya iaitu pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGMKTAA) telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di laluan Kuala Lipis – Jerantut di Kampung Kerambit, kira-kira 25 km dari Kuala Lipis. Menurut saksi kejadian, Toyota Unser yang dipandu beliau telah dilanggar oleh sebuah pacuan 4 roda jenis Mitsubishi Triton dari arah yang bertentangan setelah roda belakangnya pecah. Beliau pada masa itu sedang memandu dari arah Kuala Lipis ke Jerantut semasa kejadian berlaku.
Alhamdulillah, beliau dirawat di Hospital Lipis dan keadaannya stabil dan boleh bercakap seperti biasa, tetapi mengalami patah di bahagian sendi kaki dan pangkal pahanya. Saya sempat menziarahi beliau kira-kira jam 9.00 malam setelah mendapat sms dari rakan-rakan yang mengetahuinya lebih awal. Beliau kemudian telah dipindahkan ke Pusat Perubatan UKM, Cheras untuk menjalani pembedahan di bahagian tulang pinggulnya. Mengikut rakan-rakan yang berada bersamanya pada petang kejadian, beliau kelihatan agak tergesa-gesa
untuk pulang setelah selesai tugas kira-kira jam 5.30 petang. Beliau agak sibuk sehari dua ini kerana IPGMKTAA sedang diaudit oleh Pasukan Audit Dalaman MS ISO 9001: 2000 dari IPGM Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat dan beliau merupakan salah seorang daripada urusetianya. Marilah kita sama-sama doakan semoga beliau cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala untuk menjalani tugas seharian.

Gambar-gambar dirakam oleh: En. Baharum Bahari Muda, Jabatan PJK IPGMKTAA.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan