Kedatangan bulan Ramadan pada setiap tahun merupakan sesuatu
yang sangat dinantikan oleh masyarakat kampung sejak dahulu. Kalau diimbas
kembali semasa zaman kanak-kanak dahulu, selain mengutamakan ibadah Ramadan,
orang-orang tua kita juga amat mengutamakan soal juadah untuk berbuka dan
bersahur sebagai tanda menghormati dan meraikan kedatangan bulan Ramadan. Pada
kebiasaannya sejak awal pagi lagi ibu-ibu telah mula merancang apakah juadah yang
hendak dihidangkan untuk berbuka dan bersahur pada hari itu. Mereka mula masuk ke
dapur seawal jam 11.00 pagi untuk memulakan tugas rutin pada bulan yang mulia
ini.
Untuk membuat kuih-muih tugas pertama
bermula dengan merendam beras pulut untuk membuat juadah berbuka pada waktu
maghrib nanti. Beras pulut yang direndam biasanya dikisar selepas solat zohor
dengan menggunakan ‘kisaran batu’. Tugas mengisar ini biasanya dibantu oleh
anak-anak kerana kisaran batu sangat berat bagi ibu-ibu yang telah berumur. Tepung
beras yang telah dikisar itu kemudiannya ditapis dan ditindih supaya kering
airnya sebelum dijadikan kuih-kuih tertentu. Meskipun di Kelantan kaya dengan
pelbagai jenis kuih-muih tradisi, namun yang lazim disediakan untuk berbuka
puasa pada masa itu ialah kuih-muih yang berasaskan pulut iaitu puteri
mandi atau dipanggil juga kepik hidung, ondeh-ondeh atau
dipanggil juga telur korang. Selain itu terdapat juga kuih poli
beras dan butir nangka. Manakala kuih yang berasaskan
beras biasa ialah lompat tikam, cendul, kuih kasui, caca dan
lain-lain. Kuih yang berasaskan ubi pula seperti poli ubi kayu, tepung
boka, tepung manis, ubi sira, pengat ubi, cek mek molek dan lain-lain. Ada juga juadah yang
berasaskan pisang seperti sira pisang, pengat pisang dan lepat
pisang.
Dalam tempoh menunggu beras itu boleh dikisar, mereka mula merancang untuk menyediakan lauk-pauk pula. Sekiranya menu mereka pada hari itu masakan ayam kampung, maka mereka terpaksa mengambil masa yang agak panjang untuk memprosesnya. Pada tahun 1960-an dan 1970-an dahulu tiada lagi ayam proses segar dijual di pasar sebagaimana hari ini, sebaliknya yang ada hanyalah ayam kampung yang terpaksa diproses sendiri. Di kampung saya gulai atau kerutuk[1] itik serati[2] juga merupakan menu istimewa pada bulan Ramadan bagi kebanyakan penduduk kampung. Jika itik serati menjadi menu pada hari itu, maka mereka akan mengambil masa yang lebih panjang kerana tempoh masa memprosesnya jauh lebih lama berbanding masa untuk memproses ayam kampung.
Untuk menyediakan menu ayam kampung,
biasanya pagi-pagi lagi para suami sudah menangkap ayam yang hendak disembelih
semasa ayam tersebut diberi makan. Jika tidak ditangkap semasa itu ayam-ayam
tersebut akan bertebaran jauh ke merata kampung selepas diberi makan dan amat
sukar untuk ditangkap yang kadang-kadang melibatkan 4 atau 5 orang untuk
mengepungnya. Setelah disembelih ayam tersebut akan dibuang segala isi perutnya
dan selepas itu dicelur ke dalam air panas selama beberapa minit untuk
memudahkan bulunya dicabut. Selepas bulu dicabut ayam tersebut dilayur ke api
untuk memastikan agar tiada lagi bulu-bulu yang halus sebelum dipotong mengikut
resepi yang hendak dimasak. Menu untuk ayam kampung pada masa itu
tidaklah banyak sebagaimana hari ini. Jenis masakan ayam kampung yang biasa
disediakan oleh para ibu sama ada untuk hidangan keluarga atau untuk jamuan
pada zaman itu ialah gulai kari, ayam masak kicap, kerutuk dan ayam goreng
kunyit, manakala menu untuk itik serati pula hanyalah gulai kari dan kerutuk sahaja. Pendeknya untuk menyediakan menu yang berasaskan ayam kampung mengambil
masa dua hingga tiga jam barulah selesai. Ini bermakna dalam bulan Ramadan
lebih 50% dari waktu zohor hingga ke waktu maghrib itu digunakan untuk
menyediakan lauk-pauk.
Manakala waktu selebihnya kira-kira sejam atau sejam setengah sebelum masuknya waktu berbuka mereka gunakan untuk membuat kuih-muih sebagai juadah untuk berbuka. Kebanyakan masyarakat dahulu tidak membeli juadah untuk berbuka atau bersahur sebaliknya mereka memasak sendiri juadah tersebut mengikut cita rasa, kepakaran dan kreativiti masing-masing. Kini zaman telah berubah yang mana pelbagai jenis kuih-muih dan lauk-pauk boleh dibeli di mana-mana sahaja dengan mudah, namun yang pasti rasanya tidak seenak air tangan[3] ibu-ibu kita dahulu. Demikian hebat dan berkatnya nilai air tangan ibu kita.
Untuk mendapatkan daging yang segar dengan harga yang lebih murah berbanding harga daging di pasar, para penduduk kampung biasanya membuat pelupuh lembu, kerbau atau kambing. Malah pada ketika itu itik serati atau ayam bapak
juga dibuat pelupuh bagi mereka yang mempunyai kemampuan kewangan yang agak
terhad. Pelupuh bermaksud berkongsi membeli lembu atau kerbau atau kambing kemudian disembelih secara gotong royong. Konsep pelupuh hampir sama dengan ibadah
qurban, walau bagaimanapun ibadah qurban menetapkan seekor lembu atau kerbau dibahagikan kepada 7 bahagian, tetapi pelupuh tidak menghadkan bilangannya. Apa yang jelas, jika seseekor lembu atau kerbau itu tinggi
harganya maka jumlah ahli yang ingin menyertai bahagian pelupuh itu dibuka
kepada lebih ramai orang. Contohnya jika harga seekor lembu ditetapkan oleh
tuannya pada ketika itu $1,000 seekor, maka mereka akan berkongsi
sekurang-kurangnya 10 orang atau mungkin lebih untuk melaksanakan pelupuh terhadap lembu tersebut. Setelah semua ahli bersetuju mereka akan
menyembelihnya secara gotong-royong dan membahagikannya secara sama rata iaitu daging, tulang, hati, limpa,
perut dan lain-lain. Untuk pelupuh kambing atau biri-biri biasanya tidaklah
ramai iaitu antara 4 atau 5 orang sahaja kerana harga haiwan itu lebih murah
dan saiznya lebih kecil. Dengan cara ini mereka bukan sahaja dapat menikmati
daging dengan harga yang murah, malah mereka juga dapat menikmati daging yang
segar dan terjamin.
Pada sebelah malam sepanjang bulan Ramadan, semua penduduk kampung kami solat tarawih berjemaah di surau kampung kami yang disebut sebagai ‘balaisah’ (madrasah). Balaisah ini dijaga oleh arwah Pakcu Pak Adik merangkap imam bagi kariah balaisah kampung kami. Meskipun tiada AJK yang khusus mereka tubuh untuk menguruskan balaisah ini, namun dengan kerjasama semua pihak segala program dapat mereka laksanakan dengan baik dan lancar dengan sifat muafakat mereka. Pada setiap tahun sebelum menjelang Ramadan arwah Pakcu Pak Adik dengan dibantu oleh seorang dua jemaah akan menentukan giliran moreh[5] bagi penduduk kampung. Menu moreh tersebut bergantung kepada kemampuan jemaah masing-masing, apa yang penting selepas solat tarawih semua jemaah dapat menjamu selera dengan sekadarnya. Bagi mereka yang tidak mampu, mereka boleh berkongsi dengan jemaah lain untuk menyediakan juadah tersebut. Tiada jadual giliran yang khusus dikeluarkan untuk penyediaan menu moreh ini, tetapi semua jemaah perlu ingat tarikh masing-masing setelah dimaklumkan oleh Pakcu Pak Adik. Menu moreh pada ketika itu sangatlah mudah tidak sebagaimana menu moreh pada zaman ini. Di balaisah kami menu yang biasa disediakan oleh para jemaah ialah cendol, butir sagu, caca, bubur kacang, teh o atau teh susu cicah roti atau biskut, lompat tikam dan lain-lain menu tradisional yang mudah untuk disediakan. Kami menganggap semua menu tersebut sebagai sangat istimewa pada zaman itu kerana tiada lagi menu-menu lain yang lebih menarik seperti yang ada pada hari ini.
Apa yang saya ingat apabila tiba giliran rumah kami perlu menyediakan moreh untuk balaisah, menu yang ibu selalu buat ialah cendol kerana tidak rumit untuk dibuat dalam kuantiti yang banyak. Kami seiisi keluarga akan membantu ibu melaksanakan tugas tersebut sejak awal pagi sehingga penyediaan makanan tersebut siap dan dapat dihantar ke balaisah selepas waktu berbuka. Ibu akan memasukkan ke dalam periuk yang besar dan kami sama-sama menghantarnya ke balaisah. Hidangan cendol pada zaman itu hanyalah menu cendol yang paling asas iaitu cendol dan air gula atau gula melaka yang dimasak sahaja, tiada campuran-campuran lain. Zaman sudah berubah, menu cendol juga sudah berubah dengan dicampurkan pelbagai jenis manisan untuk menambah keenakan rasanya. Paling asaspun cendol zaman ini terdapat campuran kacang merah, gula melaka atau gula kabung yang telah dimasak serta santan. Kini cendol telah diolah dengan pelbagai jenis campuran mengikut selera masyarakat zaman sekarang yang mana santan telah diganti dengan susu cair, gula melaka atau gula kabung[6] diganti dengan manisan pelbagai rasa dengan gandingan campuran-campuran lain seperti agar-agar, cincau, buah kabung, biji sagu, tapai[7], pulut dan lain-lain yang dirasakan sesuai untuk dicampur dengannya. Pendeknya cendol pada zaman ini sedang bersaing cukup hebat dengan air batu campur (ABC) yang pada suatu masa dahulu menjadi pilihan generasi muda.
Bulan Ramadan bagi kami kanak-kanak pada zaman
itu merupakan bulan yang sangat kami tunggu-tunggu. Kami sentiasa menunggu
bulan yang mulia ini disebabkan oleh beberapa faktor, pertamanya kerana pada
sepanjang bulan Ramadan sahaja kami dapat merasai makanan yang sedap-sedap.
Pada kebiasaannya para ibu di kampung akan menyediakan hidangan makanan yang
lebih ‘istimewa’ berbanding pada bulan-bulan lain. Pada bulan inilah kami dapat
merasai lauk yang sedap-sedap seperti daging, ayam dan ikan laut dengan resepi
yang lebih istimewa berbanding hari-hari biasa. Selain itu pada setiap hari kami juga dapat
merasai beberapa jenis kuih semasa berbuka puasa. Keduanya, pada bulan Ramadan
sahaja kami dibenarkan keluar pada waktu malam untuk solat tarawih di balaisah. Pada bulan-bulan biasa kami
tidak dibenarkan keluar pada waktu malam dengan alasan bahaya atau dikhuatiri
digigit binatang bisa seperti ular, kala jengking, lipan dan sebagainya kerana
suasana kampung pada ketika itu banyak semak samun. Namun sesetengah daripada
kami tetap mengambil kesempatan dengan bermain di serata pelusuk kampung sebelum
kembali semula ke balaisah pada
penghujung tarawih untuk menikmati moreh.
Pada sepanjang bulan Ramadan, setiap
malam menjelang waktu sahur ada petugas yang bertanggungjawab memukul beduk[8] di balaisah untuk mengejutkan para penduduk kampung bersahur. Pada masa
itu orang yang bertanggungjawab memukul beduk untuk mengejutkan orang bersahur
di kampung kami ialah Paksu Bisu[9] iaitu salah seorang
penduduk yang menumpang di rumah kedai milik Paksu Rashid[10]. Paksu Rashid telah menganggap Paksu Bisu
sebagai ahli keluarganya sejak kedatangannya ke
kampung ini pada tahun 1967 lagi sehingga sekarang. Pada setiap malam di
bulan Ramadan beliau akan memastikan para penduduk bangun bersahur dengan
memukul beduk mulai sekitar jam 3.00 pagi sehinggalah waktu imsak dengan nada
pukulan khusus yang menunjukkan waktu semasa beduk itu dipukul. Pada siang hari
Paksu Bisu akan mengambil upah membuat apa sahaja kerja kampung yang diminta
oleh penduduk kampung. Antara kerja yang biasa dibuatnya ialah menebas kebun,
membina pagar buluh, mendirikan turus pagar dan lain-lain kerja kampung.
Pada zaman itu beduk merupakan alat komunikasi yang penting bagi masyarakat kampung. Nada pukulan beduk berbeza-beza mengikut fungsinya. Pukulan yang menunjukkan masuknya waktu solat fardu berbeza dengan nada-nada pukulan yang lain seperti panggilan supaya orang ramai berkumpul untuk gotong-royong, kecemasan, makluman kematian dan makluman ada kuliah atau ceramah agama dan sebagainya. Para penduduk kampung sudah dapat membezakan nada bagi setiap pukulan beduk tersebut. Namun waktu berbuka dan imsak yang muktamad pada ketika itu ialah apabila kedengaran bedilan meriam yang dilepaskan di Istana Kota Lama[11], Kota Bharu kerana masih tiada saluran maklumat rasmi yang lain seperti radio atau televisyen seperti yang ada pada zaman ini. Pendeknya jasa Paksu Bisu sangat besar kepada para penduduk kampung khusus pada bulan Ramadan pada ketika itu. Kini Paksu Bisu sudah semakin uzur dalam usianya lebih 75 tahun.
Pendeknya bulan Ramadan adalah merupakan bulan nikmat kepada semua orang sama ada orang dewasa atau kanak-kanak. Pada bulan Ramadan
sahajalah orang tua kami menyediakan bajet khusus untuk membeli bahan makanan
yang lebih istimewa sedikit mengikut kadar kemampuan masing-masing. Jika pada
bulan-bulan biasa makanan harian kami hanya nasi dengan lauk ikan darat, ikan
kering atau sekali sekala lauk ikan laut, maka pada bulan Ramadan dapatlah kami
merasai lauk daging lembu atau kerbau dan ayam kampung sekurang-kurangnya tiga
kali seminggu. Jika pada bulan-bulan biasa kami memang jarang menikmati
pelbagai juadah yang istimewa, maka pada bulan Ramadan dapatlah kami turut merasai kuih-muih
tradisional pada setiap hari silih berganti semasa waktu berbuka puasa.
Pada bulan Ramadan jugalah kebanyakan penduduk kampung lebih bersifat pemurah berbanding pada bulan-bulan yang lain. Pada bulan inilah mereka lebih kerap berhuluran juadah atau masakan masing-masing dengan jiran tetangga yang agak jarang dibuat pada bulan-bulan biasa. Ternyata pada bulan ini mereka bukan sahaja menjalani ibadah fardu ini dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh, malah persediaan daripada pelbagai aspek untuk menyambut kehadiran bulan ini juga dibuat dengan bersungguh-sunguh. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka sangat gembira dengan kehadiran Ramadan pada setiap tahun seperti Hadis Rasulullah yang berbunyi “Bagi orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan yang ia gembira dengan keduanya; bila berbuka ia gembira dan ketika berjumpa dengan rabbnya gembira dengan puasanya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari). Pendeknya nostalgia suasana Ramadan di kampung pada zaman dahulu masih sangat terkesan kepada jiwa saya sehingga ke hari ini.
Dalam tempoh menunggu beras itu boleh dikisar, mereka mula merancang untuk menyediakan lauk-pauk pula. Sekiranya menu mereka pada hari itu masakan ayam kampung, maka mereka terpaksa mengambil masa yang agak panjang untuk memprosesnya. Pada tahun 1960-an dan 1970-an dahulu tiada lagi ayam proses segar dijual di pasar sebagaimana hari ini, sebaliknya yang ada hanyalah ayam kampung yang terpaksa diproses sendiri. Di kampung saya gulai atau kerutuk[1] itik serati[2] juga merupakan menu istimewa pada bulan Ramadan bagi kebanyakan penduduk kampung. Jika itik serati menjadi menu pada hari itu, maka mereka akan mengambil masa yang lebih panjang kerana tempoh masa memprosesnya jauh lebih lama berbanding masa untuk memproses ayam kampung.
Manakala waktu selebihnya kira-kira sejam atau sejam setengah sebelum masuknya waktu berbuka mereka gunakan untuk membuat kuih-muih sebagai juadah untuk berbuka. Kebanyakan masyarakat dahulu tidak membeli juadah untuk berbuka atau bersahur sebaliknya mereka memasak sendiri juadah tersebut mengikut cita rasa, kepakaran dan kreativiti masing-masing. Kini zaman telah berubah yang mana pelbagai jenis kuih-muih dan lauk-pauk boleh dibeli di mana-mana sahaja dengan mudah, namun yang pasti rasanya tidak seenak air tangan[3] ibu-ibu kita dahulu. Demikian hebat dan berkatnya nilai air tangan ibu kita.
Untuk mendapatkan daging yang segar dengan harga yang lebih murah berbanding harga daging di pasar, para penduduk kampung biasanya membuat pelupuh lembu, kerbau atau kambing. Malah pada ketika itu itik serati atau ayam bapak
juga dibuat pelupuh bagi mereka yang mempunyai kemampuan kewangan yang agak
terhad. Pelupuh bermaksud berkongsi membeli lembu atau kerbau atau kambing kemudian disembelih secara gotong royong. Konsep pelupuh hampir sama dengan ibadah
qurban, walau bagaimanapun ibadah qurban menetapkan seekor lembu atau kerbau dibahagikan kepada 7 bahagian, tetapi pelupuh tidak menghadkan bilangannya. Apa yang jelas, jika seseekor lembu atau kerbau itu tinggi
harganya maka jumlah ahli yang ingin menyertai bahagian pelupuh itu dibuka
kepada lebih ramai orang. Contohnya jika harga seekor lembu ditetapkan oleh
tuannya pada ketika itu $1,000 seekor, maka mereka akan berkongsi
sekurang-kurangnya 10 orang atau mungkin lebih untuk melaksanakan pelupuh terhadap lembu tersebut. Setelah semua ahli bersetuju mereka akan
menyembelihnya secara gotong-royong dan membahagikannya secara sama rata iaitu daging, tulang, hati, limpa,
perut dan lain-lain. Untuk pelupuh kambing atau biri-biri biasanya tidaklah
ramai iaitu antara 4 atau 5 orang sahaja kerana harga haiwan itu lebih murah
dan saiznya lebih kecil. Dengan cara ini mereka bukan sahaja dapat menikmati
daging dengan harga yang murah, malah mereka juga dapat menikmati daging yang
segar dan terjamin.Pada sebelah malam sepanjang bulan Ramadan, semua penduduk kampung kami solat tarawih berjemaah di surau kampung kami yang disebut sebagai ‘balaisah’ (madrasah). Balaisah ini dijaga oleh arwah Pakcu Pak Adik merangkap imam bagi kariah balaisah kampung kami. Meskipun tiada AJK yang khusus mereka tubuh untuk menguruskan balaisah ini, namun dengan kerjasama semua pihak segala program dapat mereka laksanakan dengan baik dan lancar dengan sifat muafakat mereka. Pada setiap tahun sebelum menjelang Ramadan arwah Pakcu Pak Adik dengan dibantu oleh seorang dua jemaah akan menentukan giliran moreh[5] bagi penduduk kampung. Menu moreh tersebut bergantung kepada kemampuan jemaah masing-masing, apa yang penting selepas solat tarawih semua jemaah dapat menjamu selera dengan sekadarnya. Bagi mereka yang tidak mampu, mereka boleh berkongsi dengan jemaah lain untuk menyediakan juadah tersebut. Tiada jadual giliran yang khusus dikeluarkan untuk penyediaan menu moreh ini, tetapi semua jemaah perlu ingat tarikh masing-masing setelah dimaklumkan oleh Pakcu Pak Adik. Menu moreh pada ketika itu sangatlah mudah tidak sebagaimana menu moreh pada zaman ini. Di balaisah kami menu yang biasa disediakan oleh para jemaah ialah cendol, butir sagu, caca, bubur kacang, teh o atau teh susu cicah roti atau biskut, lompat tikam dan lain-lain menu tradisional yang mudah untuk disediakan. Kami menganggap semua menu tersebut sebagai sangat istimewa pada zaman itu kerana tiada lagi menu-menu lain yang lebih menarik seperti yang ada pada hari ini.
Apa yang saya ingat apabila tiba giliran rumah kami perlu menyediakan moreh untuk balaisah, menu yang ibu selalu buat ialah cendol kerana tidak rumit untuk dibuat dalam kuantiti yang banyak. Kami seiisi keluarga akan membantu ibu melaksanakan tugas tersebut sejak awal pagi sehingga penyediaan makanan tersebut siap dan dapat dihantar ke balaisah selepas waktu berbuka. Ibu akan memasukkan ke dalam periuk yang besar dan kami sama-sama menghantarnya ke balaisah. Hidangan cendol pada zaman itu hanyalah menu cendol yang paling asas iaitu cendol dan air gula atau gula melaka yang dimasak sahaja, tiada campuran-campuran lain. Zaman sudah berubah, menu cendol juga sudah berubah dengan dicampurkan pelbagai jenis manisan untuk menambah keenakan rasanya. Paling asaspun cendol zaman ini terdapat campuran kacang merah, gula melaka atau gula kabung yang telah dimasak serta santan. Kini cendol telah diolah dengan pelbagai jenis campuran mengikut selera masyarakat zaman sekarang yang mana santan telah diganti dengan susu cair, gula melaka atau gula kabung[6] diganti dengan manisan pelbagai rasa dengan gandingan campuran-campuran lain seperti agar-agar, cincau, buah kabung, biji sagu, tapai[7], pulut dan lain-lain yang dirasakan sesuai untuk dicampur dengannya. Pendeknya cendol pada zaman ini sedang bersaing cukup hebat dengan air batu campur (ABC) yang pada suatu masa dahulu menjadi pilihan generasi muda.
![]() |
| Paksu Bisu |
Pada zaman itu beduk merupakan alat komunikasi yang penting bagi masyarakat kampung. Nada pukulan beduk berbeza-beza mengikut fungsinya. Pukulan yang menunjukkan masuknya waktu solat fardu berbeza dengan nada-nada pukulan yang lain seperti panggilan supaya orang ramai berkumpul untuk gotong-royong, kecemasan, makluman kematian dan makluman ada kuliah atau ceramah agama dan sebagainya. Para penduduk kampung sudah dapat membezakan nada bagi setiap pukulan beduk tersebut. Namun waktu berbuka dan imsak yang muktamad pada ketika itu ialah apabila kedengaran bedilan meriam yang dilepaskan di Istana Kota Lama[11], Kota Bharu kerana masih tiada saluran maklumat rasmi yang lain seperti radio atau televisyen seperti yang ada pada zaman ini. Pendeknya jasa Paksu Bisu sangat besar kepada para penduduk kampung khusus pada bulan Ramadan pada ketika itu. Kini Paksu Bisu sudah semakin uzur dalam usianya lebih 75 tahun.
Pendeknya bulan Ramadan adalah merupakan bulan nikmat kepada semua orang sama ada orang dewasa atau kanak-kanak. Pada bulan Ramadan
sahajalah orang tua kami menyediakan bajet khusus untuk membeli bahan makanan
yang lebih istimewa sedikit mengikut kadar kemampuan masing-masing. Jika pada
bulan-bulan biasa makanan harian kami hanya nasi dengan lauk ikan darat, ikan
kering atau sekali sekala lauk ikan laut, maka pada bulan Ramadan dapatlah kami
merasai lauk daging lembu atau kerbau dan ayam kampung sekurang-kurangnya tiga
kali seminggu. Jika pada bulan-bulan biasa kami memang jarang menikmati
pelbagai juadah yang istimewa, maka pada bulan Ramadan dapatlah kami turut merasai kuih-muih
tradisional pada setiap hari silih berganti semasa waktu berbuka puasa.Pada bulan Ramadan jugalah kebanyakan penduduk kampung lebih bersifat pemurah berbanding pada bulan-bulan yang lain. Pada bulan inilah mereka lebih kerap berhuluran juadah atau masakan masing-masing dengan jiran tetangga yang agak jarang dibuat pada bulan-bulan biasa. Ternyata pada bulan ini mereka bukan sahaja menjalani ibadah fardu ini dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh, malah persediaan daripada pelbagai aspek untuk menyambut kehadiran bulan ini juga dibuat dengan bersungguh-sunguh. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka sangat gembira dengan kehadiran Ramadan pada setiap tahun seperti Hadis Rasulullah yang berbunyi “Bagi orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan yang ia gembira dengan keduanya; bila berbuka ia gembira dan ketika berjumpa dengan rabbnya gembira dengan puasanya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari). Pendeknya nostalgia suasana Ramadan di kampung pada zaman dahulu masih sangat terkesan kepada jiwa saya sehingga ke hari ini.
[3] Simpulan bahasa
yang bermaksud hasil kerja yang diusahakan oleh
seseorang yang lazimnya dikaitkan dengan masakan.
[4] Ukuran berat sebelum kilogram digunakan . Satu kati sama dengan lebih
kurang 600 gram. 1 kilogram sama dengan 1.66 kati.
[5] Jamuan di masjid atau surau dalam bulan puasa, biasanya selepas bertarawih
dan bertadarus.
[7] Sejenis
penganan yang dibuat daripada beras pulut (ubi kayu dan lain-lain) yang dimasak
dan dicampur ragi dan diperam sehingga menjadi manis.
[8] Beduk atau juga
dikenali sebagai tabuh merupakan
sebuah gendang yang
digunakan bagi menandakan masuk waktu solat di surau atau masjid pada
zaman dahulu. Juga digunakan sebagai alat muzik semasa
upacara rasmi pada suatu masa dahulu. Pada kebiasaannya ia diperbuat daripada
bingkai kayu batang pokok nangka yang ditebuk, dan hanya sebelah
bukaan dipasang kulit.
[9] Nama sebenar Paksu
bin Isa yang pekak dan bisu yang berasal dari Kampung Meranti, Pasir Mas.
Beliau lebih dikenali dengan nama Paksu Bisu dan telah berhijrah ke kampung
kami pada tahun 1967. Di kampung kami beliau menumpang di rumah keluarga Tuan
Haji Abul. Razak Awang dan menjaga kedai kopi beliau pada sebelah malamnya.
[11] Istana Kota Lama terletak di tebing Sungai Kelantan di
Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu. Istana ini merupakan tempat bersemayam
Sultan Kelantan pada awal abad ke-19 sehingga tahun 1840 apabila Istana Balai
Besar siap dibina.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan