Khamis: 17
Mac 2016
Setelah kira-kira 11 tahun 3 bulan berlakunya tsunami pada
26 Disember 2004, akhirnya sampai juga saya ke tanah Serambi Mekah Aceh untuk
melihat kesan tragedi tersebut. Ketiadaan masa yang sesuai serta sibuk dengan
tugas-tugas rasmi menyebabkan niat untuk ke situ telah tertangguh sejak sekian
lama. Akhirnya pada 18 Disember 2015 saya telah berjaya membuat tempahan tiket untuk penerbangan ke Banda Aceh pada 17 Mac 2016. Saya kemudian menghubungi Ustaz Mujiburrizal Shamsuddin (Ustaz Mujib), Duta
Kebudayaan Acheh yang pernah datang ke IPGKTAA sempena Sambutan Hari ASEAN pada
20 September 2013 melalui ’e-mail’
memaklumkan hajat saya tersebut. Ustaz Mujib
telah menempah tempat penginapan kami di Hotel Medan yang terletak di Jalan
Jenderal Ahmad Yani, Peunayong, Kuta Alam. Namun sehari sebelum kedatangan saya
dan isteri ke Aceh, Ustaz Mujib terpaksa ke Kuala Lumpur atas urusan rasmi dan
telah mengamanahkan lawatan kami kepada sahabat baiknya, Pak Kisswoyo.
Alhamdulillah.
![]() |
| Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda |
![]() |
| Sekitar Banda Aceh |
![]() |
| Kubunran Massal di Desa Siron |
![]() |
| Hotel Medan |
![]() |
| Rumoh Acheh |
![]() |
| Muzium Tsunami Aceh |
![]() |
| Kapal PLTD Apung 1 |
![]() |
| Masjid Baiturrahim, Ulee Lheue |
Jumaat: 18
Mac 2016
![]() |
| Pak Baharum |
![]() |
| Di rumah Pak Shamsuddin & Ibu Basariah |
![]() |
| Kubah masjid di Gampong Gurah |
![]() |
| Solat Jumaat di Masjid Raya Baitulrahman |
![]() |
| Restoran Rumoh Aceh |
![]() |
| Gampong Lampuuk |
![]() |
| Masjid Rahmatullah, Lampuuk |
![]() |
| Gunongan di Jalan Teuku Umar |
![]() |
| Gerai makanan di Jalan Jenderal Ahmad Yani |
Sabtu: 19
Mac 2016
Kira-kira jam 5.15 pagi saya berjalan kaki ke
Masjid Babul Mawaddah Korem 012/TU milik Tentera Nasional Indonesia yang
terletak di Jalan Sri
Ratu Syafiatuddin tidak jauh dari hotel
penginapan kami untuk solat fardu subuh. Kira-kira jam 7.00 pagi WIB kami bersarapan
awal pagi ini kerana pada jam 7.30 pagi Pak Kisswoyo akan mengambil kami untuk
ke lapangan terbang memandangkan penerbangan kami pada jam 8.50 pagi WIB. Tepat
jam 8.50 pagi WIB pesawat Air Asia AK420 laluan
BTJ – KUL (Banda Aceh – KLIA2) berlepas dari Bandara International Sultan
Iskandar Muda dan kira-kira jam 11.10 pagi waktu Malaysia kami selamat mendarat
di KLIA2. Setelah keluar daripada terminal KLIA2 dengan izin Allah kami dapat
pula bertemu dengan Ustaz Mujib dan keluarganya yang kebetulan sedang menunggu
penerbangan untuk balik ke Aceh pada jam 1.30 tengah hari pada hari tersebut. Terima kasih Pak Kisswoyo dan Ustaz Mujib kerana membantu mempermudahkan segala urusan kami semasa di Aceh. Alhamdulillah dan ‘teurimöng gaséh
Aceh’.


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan