Tuan Haji Mohd Nordin bin Abdullah dilahirkan
pada 5 Jun 1957 di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak kelima
kepada pasangan Encik Abdullah bin Abu dan Puan Nambun bt. Ahmad. Beliau
memiliki 9 orang adik beradik iaitu 2 orang abang, 2 orang kakak perempuan, 2 orang
adik lelaki, dan 2 orang adik perempuan. Ayahnya ialah seorang peneroka FELDA
dan ibunya suri rumah tangga. Beliau menerima pendidikan asas di Sekolah Kebangsaan
Sendayan, Seremban, dari tahun 1964 hingga tahun 1969 dan pendidikan menengah
di Sekolah Menengah Sendayan, dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 sebelum
ditawarkan ke sekolah berasrama penuh di Sekolah Alam Shah Selangor untuk pendidikan
menengah atasnya. Namun, atas faktor-faktor tertentu beliau telah menolak
tawaran tersebut dan melanjutkan pendidikan menengah atasnya di Sekolah Menengah
Tengku Ampuan Durah yang terletak tidak jauh dari kampung halamannya,
Seremban.
Sebagai
seorang guru muda pada ketika itu, beliau telah diberikan tugas sebagai Setiausaha
Sukan sekolah, meskipun tidak ramai guru baharu yang sanggup melakukannya kerana
kurang pengalaman tetapi Tuan Haji Nordin telah membuktikan bahawa beliau mampu
melakukannya dengan bantuan daripada rakan
setugas yang lain. Pengalaman sebelumnya sebagai pemain hoki sekolah
menyebabkan Tuan Haji Mohd. Nordin telah dilantik menjadi jurulatih hoki untuk
Sekolah Menengah Teknik dan memimpin pembangunan sukan sekolahnya di peringkat MSSD
Johor Bahru. Malah, beliau juga menjadi jurulatih softball di SM Teknik dan di Maktab
Perguruan Tengku Ampuan Afzan meskipun beliau tidak pernah bermain softball
dalam hidupnya.
Ketika
beliau mula menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Teruntum, beliau dilantik
menjadi Ketua Penasihat untuk Persatuan Pengakap meskipun beliau tidak pernah
mengambil bahagian dalam Persatuan Pengakap sebelumnya. Meskipun pada mulanya beliau
berasa sedikit tertekan, namun akhirnya beliau berjaya menanam minat yang
mendalam terhadap Pengakap setelah menghadiri beberapa siri kursus. Pada
tahun 1986, Tuan Haji Mohd. Nordin dapat bertukar balik ke kampung halamannya
di Seremban iaitu beliau telah ditugaskan mengajar di SM King George V,
Seremban. Bagi beliau tinggal di samping keluarga merupakan sesuatu yang sangat
bermakna dalam hidup ini di samping menjalankan tugas hakiki. Jejaka tampan ini
sangat rapat dengan ibunya, abang, kakak, dan anak-anak saudara lelaki dan perempuan,
dan saudara mara. Beliau sangat mementingkan hubungan kekeluargaan kerana
sehingga kini beliau tidak akan melepaskan peluang walaupun satu minggu untuk
pulang ke kampung mengunjungi kaum keluarganya.
Pada bulan Mei 2002, Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan berpindah ke kampus baharunya di Kuala Lipis, Pahang, dan ini adalah tempat beliau meraikan persaraannya 3 tahun setelah menjadi Timbalan Pengarah IPGK Tengku Ampuan Afzan semenjak bulan April 2013. Tatkala Maktab
Perguruan Tengku Ampuan Afzan berpindah ke Kuala Lipis pada tahun 2002, Tuan Haji Mohd. Nordin
merupakan salah seorang staf akademik yang turut sama berpindah. Di sini juga
tempat beliau menamatkan tugas terakhir beliau setelah kira-kira 14 tahun
berpindah dan sesudah 2 kali institut pendidikan ini bertukar nama daripada
Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan kepada Institut Perguruan Tengku
Ampuan Afzan dan kini Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku
Ampuan Afzan. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah IPGK ini pada
bulan April 2013 menggantikan En. Roselan bin Ahmad yang telah bersara pada
ketika itu.
Kini setelah lebih 36 tahun
menabur bakti dalam dunia pendidikan, akhirnya sampai juga ke penghujungnya.
Begitulah juga dengan Tuan Haji Mohd Nordin bin Abdullah, 29 Februari 2016,
merupakan tarikh bersejarah dalam hidupnya. Semua warga dan bekas warga
IPGKTAA, IPTAA dan MPTAA mengucapkan jutaan terima kasih atas segala
pengorbanan beliau selama bertugas di kampus yang indah permai ini.
Apabila ditanya mengapa beliau memilih untuk bersara sebelum berumur 60 tahun, Tuan Haji Mohd Nordin berkata masalah kesihatan adalah sebab utama beliau ingin menamatkan perkhidmatannya lebih awal. Penyakit seperti jantung, kencing manis atau darah tinggi tiada tetapi kesan daripada terjatuh secara tiba-tiba ketika hendak berwuduk di kaki gunung Merapi beberapa tahun yang lalu sering menyebabkan kakinya berasa kejang atau tidak selesa. Rutin mingguannya yang setia berulang-alik ke Seremban untuk menziarahi ibunya membuatkan beliau khuatir kondisi kakinya menjadi semakin parah. Daripada menunggu dua tahun lagi untuk menamatkan tempoh persaraan wajibnya, lebih baiklah bersara sekarang.
Nasihat Tuan Haji Mohd Nordin kepada pensyarah adalah untuk menghadapi segala cabaran dalam profesion perguruan dengan hati yang terbuka dan sentiasa berusaha bersebeliau untuk memberikan yang terbaik kepada profesion ini. Menurut beliau, guru-guru pelatih yang tergolong dalam masa 'Generasi Y' adalah berbeza dengan generasi masa lalu. Generasi sekarang ini yang serba lengkap dengan perkembangan teknologi terkini seperti internet, komputer dan telefon bimbit lebih maju berbanding dengan generasi yang lebih tua. Oleh itu, pensyarah perlu cuba untuk memahami keadaan latar belakang mereka untuk mengelakkan konflik apabila berurusan atau menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku. Pensyarah juga harus cuba untuk menanamkan nilai-nilai moral yang baik kerana mereka ialah cermin kepada guru-guru pelatih.
Nasihat Tuan Haji Mohd Nordin kepada pensyarah adalah untuk menghadapi segala cabaran dalam profesion perguruan dengan hati yang terbuka dan sentiasa berusaha bersebeliau untuk memberikan yang terbaik kepada profesion ini. Menurut beliau, guru-guru pelatih yang tergolong dalam masa 'Generasi Y' adalah berbeza dengan generasi masa lalu. Generasi sekarang ini yang serba lengkap dengan perkembangan teknologi terkini seperti internet, komputer dan telefon bimbit lebih maju berbanding dengan generasi yang lebih tua. Oleh itu, pensyarah perlu cuba untuk memahami keadaan latar belakang mereka untuk mengelakkan konflik apabila berurusan atau menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku. Pensyarah juga harus cuba untuk menanamkan nilai-nilai moral yang baik kerana mereka ialah cermin kepada guru-guru pelatih.Menjadi resam gadis srikandi
Berani berjuang, pertahan diri
Menyerah kalah pantang sekali
Bukan setakat kata dan puji
Jasa dan bukti kekal abadi
Menjadi kenangan tersisip di hati
Kuning emas masaknya padi,
Penuh kepuk hasil tampian;
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda kelapa bali;
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.
Sudah teradat si anak
lelaki
Mati berjuang berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat.
Skrip asal:
Cik Tai
Shoo Shong, Jabatan Bahasa Inggeris, IPGKTAA
Penterjemah:
1. En. Mohd Rasdi bin Saamah, AAP., Setiausaha Akademik, IPGKTAA
2. Pn. Fazilah bt. Mat Zain, Jabatan Pengajian Melayu, IPGKTAA
2. Pn. Fazilah bt. Mat Zain, Jabatan Pengajian Melayu, IPGKTAA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan