Memasuki pasar yang
kekal dengan imej tradisi dan tidak tersusun ini menjadikan saya amat teruja
dengan pelbagai jualan yang cukup murah harganya. Deretan payung dan khemah
sementara dengan pelbagai bentuk di sepanjang tembok yang memisahkan dengan landasan
kereta api itu penuh dengan pelbagai barangan jualan seperti ikan, daging
hinggalah ke pakaian lelong (bundle). Teriakan para peniaga khususnya para
penjual ikan untuk menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang tidak
putus-putus kedengaran. Hiruk pikuk di pasar pagi ini juga masih kekal seperti
dahulu, seperti semasa saya masih di bangku sekolah lagi meskipun penjualnya
sudah silih berganti. Keunikan ini biarlah berterusan agar ciri-ciri ketulenan
tersebut dapat dirasai oleh generasi baharu yang semakin tidak menghargai
nilai-nilai seperti itu.Blog ini memaparkan laluan perjalanan hidup serta pengalaman peribadi blogger agar dapat dikongsi bersama secara positif, ikhlas dan bertanggungjawab oleh sesiapa sahaja yang melawatinya.
RENUNGAN BERSAMA:
Renungan Bersama:
Dari Abu Bakar As Syiddiq RA ia berkata, "Rasulullah saw bersabda: "Wajib atasmu berlaku jujur, kerana jujur itu bersama kebaikan, dan keduanya di syurga. Dan jauhkanlah dirimu dari dusta, kerana dusta itu bersama kedurhakaan, dan keduanya di neraka." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban di dalam syahihnya).
18 Disember 2013
Pasar Muno' di Pasir Mas
Memasuki pasar yang
kekal dengan imej tradisi dan tidak tersusun ini menjadikan saya amat teruja
dengan pelbagai jualan yang cukup murah harganya. Deretan payung dan khemah
sementara dengan pelbagai bentuk di sepanjang tembok yang memisahkan dengan landasan
kereta api itu penuh dengan pelbagai barangan jualan seperti ikan, daging
hinggalah ke pakaian lelong (bundle). Teriakan para peniaga khususnya para
penjual ikan untuk menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang tidak
putus-putus kedengaran. Hiruk pikuk di pasar pagi ini juga masih kekal seperti
dahulu, seperti semasa saya masih di bangku sekolah lagi meskipun penjualnya
sudah silih berganti. Keunikan ini biarlah berterusan agar ciri-ciri ketulenan
tersebut dapat dirasai oleh generasi baharu yang semakin tidak menghargai
nilai-nilai seperti itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan