Setelah beberapa hari berlalu, rasanya tidak terlewat untuk
saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Tarikh 16 Mei pada setiap
tahun merupakan hari bagi meraikan golongan pendidik di seluruh pelusuk negara.
Sambutan Hari Guru yang dimulakan sejak tahun 1972 ini telah diraikan dengan
pelbagai tema yang selari dengan profesion keguruan. Pada tahun ini tema
yang dipilih ialah “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan
Negara”. YAB Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan sempena
Hari Guru 2012 menyatakan, “Guru berinovasi ialah guru yang sentiasa memikirkan apakah
cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari
lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi
kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata,".
Setelah 41 tahun disambut, sambutan Hari Guru pada akhir-akhir ini
telah menampakkan perbezaan yang ketara daripada persepsi para guru. Selain
mendengar amanat dan perutusan daripada pihak pengurusan tertinggi Kementerian Pelajaran, sambutan Hari Guru juga seolah-olah suatu peristiwa
yang dinantikan oleh para guru untuk mendengar sesuatu pengumuman penting daripada pihak kerajaan yang berkaitan dengan profesion mereka. Pada tahun ini
misalnya, diumumkan seramai 24,053 guru iaitu 8,222 Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Lepasan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan
Diploma di seluruh negara yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan
dinaikkan pangkat berkuat kuasa 1 Jun hingga 31 Disember ini.
Tahniah kepada mereka yang memenuhi syarat tersebut, semoga
pengumuman tersebut dapat meningkatkan lagi usaha ke arah pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan. Kita
juga amat menghargai jasa guru-guru khususnya mereka yang berkhidmat di
kawasan-kawasan pedalaman yang kebanyakannya tidak mempunyai sebarang kemudahan
sebagaimana yang diperolehi oleh rakan-rakan sejawat mereka yang bertugas di kawasan-kawasan
bandar atau pinggir bandar. Sesungguhnya jasa dan pengalaman mereka yang
bertugas di kawasan-kawasan pedalaman tersebut tidak boleh dijual beli. Kita juga mengucapkan syabas kepada mereka kerana telah membuktikan bahawa mereka juga mampu
menjalankan tugas dengan baik meskipun menghadapi pelbagai kesukaran. Inilah terjemahan sebenar kepada
tema Hari Guru 2012 iaitu ”Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi
Pendidikan Negara”. Namun, sejauhmanakah kita mampu menghayati dan merealisasikan tema tersebut dalam melaksanakan tugas kita seharian? Tepuk dada tanya hati, Selamat Hari Guru. Sekian.
Tema Hari Guru 1972 - 2012
2012 Guru
Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Tiada ulasan:
Catat Ulasan