Masuk hari ke-10 bulan Januari 2011 seluruh warga IPGKTAA telah kehilangan teraju utama IPG ini iaitu YH Dato’ Hj. Mazlan bin Mohamad yang telah dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Negeri Pahang. YH Dato’ Hj. Mazlan yang telah menerajui IPG ini sejak 1 Julai 2008 telah berkhidmat di sini kira-kira 2 tahun 5 bulan. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di beberapa tempat antaranya Maktab Perguruan Ilmu Khas (kini IPG Kampus Khas), IPBA, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dan sebagai Timbalan Pengarah di IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.Meskipun dalam masa tidak sampai 3 tahun di IPGKTAA, sebagai seorang pemimpin yang berkaliber beliau telah membawa beberapa pendekatan yang cukup positif untuk diteruskan oleh kami di sini.
1. Menubuhkan Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP) di Seri Tualang, Temerloh, Pahang.
2. Menubuhkan Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi, Bahasa Melayu dan Kokurikulum di IPGKTAA. Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Fuad Zarkashi pada 13 Oktober 2009 itu telah mendapat sokongan dan kerjasama sepenuhnya daripada pelbagai pihak dalam dan luar negara.
3. Program Titisan Ilmu – Program secara kolaboratif dengan beberapa IPTA antaranya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk staf IPGKTAA melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Ijazah Kedoktoran.
4. Melibatkan IPGKTAA dalam beberapa program di peringkat kebangsaan antaranya Pameran Hari Guru Kebangsaan 2010 di Kuantan, Pameran Sempena Lawatan Perdana Menteri Ke SK Betau, Kuala Lipis dan Pameran Sempena Mesyuarat Menteri-Menteri OIC di KLCC.
5. Menambahbaik infrastruktur dan infostruktur di IPGKTAA.
Kami warga IPGKTAA mengucapkan selamat bertugas di tempat yang baru, semoga YH Dato’ dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan dengan matlamat yang sama iaitu untuk memajukan taraf pendidikan anak bangsa, khususnya di negeri Pahang Darul Makmur ini. Bak teromba Melayu:
Daun selasih daun keladi,
keladi ditanam di tepi tanjung,
tanjung bernama Tanjung Karang,
keladi ditanam di tepi tanjung,
tanjung bernama Tanjung Karang,
tempat orang mengail sepat,
hati kasih kerana budi,
budi baik rasa nak junjung,
sampai bila dikenang orang,
kenangan sampai ke akhir hayat.
(Petikan Teromba: Dato' Paduka Dr. Rosli Saludin, UPSI)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan