Saya sendiri pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana ‘Awang Hitam’ ini dengan sengaja mencari kecoh di tempat letak kereta Pasar Raya Giant Taman Connaught, Kuala Lumpur pada pertengahan tahun yang lalu. Kekecohan bermula apabila dua lelaki Afrika meletakkan kenderaannya dengan menghalang laluan kenderaan lain. Perbuatannya telah ditegur oleh seorang pengawal keselamatan wanita yang bertugas pada ketika itu. Lelaki tersebut dengan samsengnya turun dari kereta lalu memarahi balik pengawal keselamatan tersebut. Mereka akhirnya bertikam lidah dengan menggunakan bahasa Inggeris yang boleh difahami oleh kedua-dua belah pihak. Hingga pada satu ketika pengawal keselamatan wanita itu mengangkat cota untuk memukulnya. Berderau darah saya melihat betapa samsengnya warga asing ini di negara kita sendiri.
Saya kemudian bertanyakan salah seorang daripada mereka apa yang sedang berlaku. Lelaki Afrika itu menyatakan bahawa rakannya telah dipukul oleh pengawal keselamatan tersebut, walhal ramai yang melihat pengawal wanita itu sedikit pun tidak menyentuh badan kawannya itu, kecuali dengan kata-kata marah. Dengan geram saya menyatakan padanya, “Awak bohong! Dia tidak memukul rakan kamu!”. Dengan nada yang tinggi dia cuba menjelaskan lagi kepada saya, tetapi saya terus beredar dari situ kerana saiz badannya dua kali ganda lebih besar daripada saya. Saya amat kagum dengan keberanian pengawal keselamatan wanita itu yang antara lain perkataan yang keluar daripada mulutnya semasa kekecohan itu ialah “This is Malaysia, not Africa”.
Pihak berwajib perlu memandang serius masalah baru negara yang semakin melebar ini, kerana kita bimbang suatu masa nanti rakyat tempatan hanya berputih mata memandang kebiadaban warga asing tanpa dapat berbuat apa-apa. Sekian.
2 ulasan:
Dr Rasdi, pada pendapat saya istilah Awang Hitam ini tak boleh diberi kepada ras Negroid tersebut. Awang adalah nama Melayu (Ras Mongoloid).
PAnglima Awang sendiri adalah manusia pertama mengelilingi dunia melalui jalan laut. Ada ruh semangat juang Melayu dalam nama tersebut.
sedangkan warga Afrika ini jelas kurang ajar..
kalau budak-budak melayu kita beri nama mat rempit, bohjan, bohsia, maka tiada sebab nak anugerahkan nama awang kepada si Afrika sialan itu...
Awang Hitam juga banyak sumbang Jenayah di Okinowa (Jepun), Guangzhou (China), Thailand, Amerika, Eropah, Dll.
Catat Ulasan