Hari Selasa, 20 Oktober 2009 - Saya sekali lagi berkesempatan ke Kota Kinabalu selepas membuat lawatan keluarga ke bandar raya itu pada 18-21 Mac 2009 yang lalu. Kali ini saya dan Dr. Abd. Shatar Che Abd. Rahman, Ketua Jabatan JPIPK, IPGKTAA telah dicalonkan untuk menghadiri Seminar Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebitaraan Bahasa Peringkat Kebangsaan anjuran IPGM Kampus Gaya yang diadakan pada 20 – 22 Oktober 2009 di Hotel Beverly, Lorong Kemajuan, 88000 Kota Kinabalu dengan tema ‘Penyelidikan dan Inovasi Pemangkin Kecemerlangan Bahasa’.
Kami bertolak dari KLIA dengan pesawat Airbus A330 MH068 KLIA-Kota Kinabalu-Taipei pada jam 5.15 petang setelah dua kali tunda (delay) dari jam 2.15 petang dan 3.15 petang. Para penumpang telah diberikan nasi goreng/mi goreng/burger akibat daripada kelewatan tersebut. Kami tiba di KKIA pada jam 7.30 malam dan setelah selesai segala urusan di lapangan terbang kira-kira 20 minit kemudian kami dijemput oleh anak kedua saya yang sedang menuntut di UMS untuk ke hotel tempat seminar berkenaan diadakan. Pada malam ini 6 kertas kerja telah dibentangkan secara sesi selari di tiga bilik berasingan iaitu Bilik Raya 1, 2 dan 3.
Hari Rabu, 21 Oktober 2009 – Majlis perasmian seminar telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Kartini Baharum, Timbalan Pengarah BPG, KPM pada jam 8.30 pagi. Manakala pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari sebanyak 12 kertas kerja lagi telah dibentangkan juga dalam sesi selari. Pada jam 2.00 – 4.00 petang Forum bertemakan “Peranan Bahasa Dalam 1Malaysia” telah diadakan dengan ahli panelnya terdiri daripada
Prof. Madya Dr. Mohd. Yusoff Abdullah, Dekan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, UMS, YBhg. Datuk Ibrahim Saad, Pengarah BTN Sabah dan YBhg. Dr. Choong Kam Foong, Pengarah ELTC, KL. Forum ini dipengerusikan oleh YBhg. Pn. Soriah Abdullah, Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu, KL.Pada jam 5.00 petang kami telah berkesempatan ke bandar Kota Kinabalu untuk meninjau apa-apa yang boleh dijadikan oleh-oleh dari Negeri Di Bawah Bayu ini. Oleh kerana ini merupakan kunjungan pertama Dr. Shatar ke Sabah, maka saya telah menjadi ‘pemandu pelancong’nya pada sepanjang kunjungan tersebut. Destinasi pertama
Harga ikan lolong (caranx boops), selayang (decapterus spp.), selar (atule mate) dan ikan-ikan kecil yang lain hanya RM5.00 untuk 2 kilogram. Harga tersebut amat murah bagi kami yang biasa dengan harga RM5.00 atau RM6.00 bagi sekilogram ikan yang sama. Kami juga telah menikmati ikan bakar yang sederhana besarnya dan rumpai laut di gerai ikan bakar berhampiran dengan harga RM24.00 kesemuanya.
Hari Khamis, 22 Oktober 2009 – Jam 8.00 – 10.30 pagi sebanyak 12 lagi kertas kerja telah dibentangkan dan diikuti Sidang Pleno pada jam 10.30 – 11.30 pagi dengan pembicaranya Dr. Azma Mahmood (IPGKI), Dr. Abd. Shatar Che Abd. Rahman (IPGKTAA) dan Dr. Rafiah Abd.
Di samping memperolehi ilmu, maklumat dan idea daripada pembentangan kertas-kertas kerja dalam seminar tersebut, tanpa diduga saya juga dapat bertemu dengan 3 orang bekas murid saya semasa bertugas di SMKA Limauan 24 tahun lalu yang kini masing-masing bertugas di IPG Kampus Gaya. Mereka ialah Khadijah Hj. Adenan, Rahmah Abd. Ghani dan Rahmah Awang Besar. Khadijah merupakan Pegawai Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), manakala kedua-dua Rahmah ialah pensyarah di IPG berkenaan.
Selain itu saya juga sempat bertemu dengan rakan sekuliah semasa di UPM kira-kira 20 tahun yang lalu, En. Tommy Nollie yang merupakan Ketua Jabatan JPIPK, IPG Kampus Kent, Tuaran dan rakan sekuliah semasa di MPG iaitu Pn. Halidah Ariffin, PK 1 SK Kilimu, Ranau, Sabah.
Pada sebelah petangnya kami telah berpindah ke Hotel Traveller yang terletak di 27-28, Jalan Tugu, Kampung Air di tengah-tengah bandar raya Kota Kinabalu untuk satu malam penginapan. Kami telah menyewa kereta untuk memudahkan pergerakan ke tempat-tempat yang boleh kami lawati selepas tugas rasmi kami selesai antaranya UMS, Wisma Tun Mustapha, IPG Kampus Gaya, Masjid Negeri Sabah, Tanjung Aru, Kem Lok Kawi, Putatan dan sekitar Bandar Raya Kota Kinabalu. Pada sebelah malamnya
kami menjadi tetamu kepada 3 orang murid saya iaitu Awang Zuri Bustaman, Sulaiman Awang dan Mahmuda Suda. Kami bertemu dan berbicara panjang di Medan Selera Teluk Likas.
Hari Jumaat, 23 Oktober 2009 – Kami bersarapan di Restoran Sri Rahmat yang terletak di Kompleks Segama, KK pada jam 8.45 pagi. Kami kemudian menyusuri Jalan Pantai dan sekali lagi ke Pasar Filipina kerana Dr. Shatar memaklumkan masih ada lagi barangan yang perlu dibeli. Kami meninggalkan pasar tersebut kira-kira jam 11.00 pagi. Jam 12.30 kami meninggalkan hotel penginapan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Pada awalnya kami bercadang untuk ‘stand by’ penerbangan yang lebih awal kerana penerbangan kami pada jam 4.20 petang. Namun kami diberitahu bahawa penerbangan jam 3.30 petang akan berlepas lebih lewat (delay) daripada penerbangan kami. Jadi kami membatalkan sahaja niat tersebut. Kami berlepas tepat pada jam 4.20 petang dengan pesawat Boeing 777 MH051 Kansai-Kota Kinabalu-KLIA dan tiba di KLIA pada jam 6.35 petang. Tiba di Kuala Lipis jam 11.45 malam, penat bah!
Pada sebelah petangnya kami telah berpindah ke Hotel Traveller yang terletak di 27-28, Jalan Tugu, Kampung Air di tengah-tengah bandar raya Kota Kinabalu untuk satu malam penginapan. Kami telah menyewa kereta untuk memudahkan pergerakan ke tempat-tempat yang boleh kami lawati selepas tugas rasmi kami selesai antaranya UMS, Wisma Tun Mustapha, IPG Kampus Gaya, Masjid Negeri Sabah, Tanjung Aru, Kem Lok Kawi, Putatan dan sekitar Bandar Raya Kota Kinabalu. Pada sebelah malamnya
Hari Jumaat, 23 Oktober 2009 – Kami bersarapan di Restoran Sri Rahmat yang terletak di Kompleks Segama, KK pada jam 8.45 pagi. Kami kemudian menyusuri Jalan Pantai dan sekali lagi ke Pasar Filipina kerana Dr. Shatar memaklumkan masih ada lagi barangan yang perlu dibeli. Kami meninggalkan pasar tersebut kira-kira jam 11.00 pagi. Jam 12.30 kami meninggalkan hotel penginapan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan