Jam 7.30 pagi 19 Februari 2009, saya bersarapan di salah sebuah gerai makanan di situ sebelum ke Sekolah Kebangsaan (LKTP) Chini 3 dan 5 yang terletak kira-kira 2 km dari tempat penginapan saya. Untuk ke sekolah ini saya melintasi dua buah sekolah iaitu SMK Chini dan SK (LKTP) Chini 2. Di hadapan kedua-dua buah sekolah ini didapati banyak motosikal diparkirkan berhampiran dengan
Melalui New Zealand
Saya beredar dari sekolah tersebut setelah membuat penyeliaan termasuk pencerapan klinikal keseluruhannya pada kira-kira jam 10.30 pagi. Kali ini saya tidak perlu melalui Gugusan Felda Chini Timur lagi, kerana dinasihatkan oleh guru-guru di situ agar saya melalui jalan Felda Chini 2 ke Mambang dan terus ke jambatan Paloh Hinai yang jaraknya lebih dekat berbanding
melalui Felda Gugusan Chini Timur. Perjalanan dari Felda Chini 2 ke Paloh Hinai mengambil masa kira-kira setengah jam, manakala perjalanan dari Paloh Hinai melalui jalan Kg. Belimbing keluar ke jalan utama Sri Jaya mengambil masa kira-kira setengah jam lagi sekiranya perjalanan tidak terganggu memandangkan jalan-jalan tersebut lebih sempit dan tiada kaki lima. Sebelum dan selepas Kg. Sri Makmur terdapat dua kawasan tanah runtuh yang sedang dalam proses penyelenggaraan oleh pihak JKR. Ini merupakan kali kelima saya melalui jalan Kg. Belimbing yang sebelumnya saya melaluinya
untuk ke bandar Pekan dan ke Program Bina Insan Guru (BIG) yang biasanya dibuat di Kg. Merchong, kira-kira 60 km dari bandar Pekan.
Dari jalan Kg. Belimbing saya tidak memasuki Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) sebaliknya saya melalui pekan Sri Jaya dan terus menghala ke Maran. Apa yang menarik, saya telah melalui ‘New Zealand’ untuk ke Maran sebelum memasuki LPT. Tentu ada yang kurang percaya kerana umum hanya mengetahui terdapat satu New Zealand sahaja di dunia ini, iaitu negara New Zealand. Sebenarnya ‘New Zealand’ yang saya maksudkan ialah Kg. New Zealand yang nama asalnya Kg. Sungai Kertam, terletak kira-kira 13 km dari pekan Maran, Pahang dan 196 km dari Kuala Lumpur. Kg. New Zealand ialah salah sebuah tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang dibangunkan pada awal tahun 1960-an dahulu sebagaimana Felda Lurah Bilut, Felda LB Johnson, Felda Sendayan dan lain-lain lagi.
Saya memasuki LPT di Plaza Tol Maran tepat pada jam 12.00 tengah hari dan tiba di Plaza Tol Temerloh jam 12.30 tengah hari dengan bayaran tol RM6.00. Tiba di bandar Jerantut waktu azan Zohor dan singgah makan tengah hari di situ. Saya sekali lagi singgah di Masjid Kuala Tembeling untuk solat Zohor sebelum meneruskan perjalanan. Saya tiba di Kuala Lipis pada jam 2.15 petang. Demikian episod perjalanan yang meletihkan tetapi sarat dengan pengalaman baru dari KL-Chini-‘KL’ (Kuala Lipis) via New Zealand. Sekian.
Saya beredar dari sekolah tersebut setelah membuat penyeliaan termasuk pencerapan klinikal keseluruhannya pada kira-kira jam 10.30 pagi. Kali ini saya tidak perlu melalui Gugusan Felda Chini Timur lagi, kerana dinasihatkan oleh guru-guru di situ agar saya melalui jalan Felda Chini 2 ke Mambang dan terus ke jambatan Paloh Hinai yang jaraknya lebih dekat berbanding
Dari jalan Kg. Belimbing saya tidak memasuki Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) sebaliknya saya melalui pekan Sri Jaya dan terus menghala ke Maran. Apa yang menarik, saya telah melalui ‘New Zealand’ untuk ke Maran sebelum memasuki LPT. Tentu ada yang kurang percaya kerana umum hanya mengetahui terdapat satu New Zealand sahaja di dunia ini, iaitu negara New Zealand. Sebenarnya ‘New Zealand’ yang saya maksudkan ialah Kg. New Zealand yang nama asalnya Kg. Sungai Kertam, terletak kira-kira 13 km dari pekan Maran, Pahang dan 196 km dari Kuala Lumpur. Kg. New Zealand ialah salah sebuah tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang dibangunkan pada awal tahun 1960-an dahulu sebagaimana Felda Lurah Bilut, Felda LB Johnson, Felda Sendayan dan lain-lain lagi.
1 ulasan:
Saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada en rasdi kerana telah datang dan memberikan tunjuk ajar kepada saya...Semoga penat lelah en. rasdi mendapat keredaan..segala tunjuk ajar dan teguran yg diberikan akan saya mmanfaatkan demi agama bangsa dan negara...
Catat Ulasan