Bulan November sudah sampai ke pertengahannya yang menandakan tahun 2011 akan berakhir kira-kira sebulan setengah sahaja lagi. Penduduk di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu, bulan November atau dipanggil ‘bulan sebelas’ merupakan permulaan bagi musim tengkujuh pada setiap tahun. Beberapa hari lepas, seorang rakan lama dari Seremban telah menelefon saya menyatakan hujan tidak berhenti-henti di sepanjang perjalanan bersama keluarganya untuk bercuti di Kelantan. Dua hari kemudian dia menelefon lagi juga menyatakan keadaan yang sama dalam tempoh 2 hari mereka berada di sana. Saya memaklumkannya bahawa itu adalah fenomena biasa pada setiap hujung tahun.
Hujan tanpa henti dua tiga hari merupakan fenomena biasa bagi kami yang tinggal di negeri-negeri Pantai Timur yang terdedah kepada Monsun Timur Laut ini. Cuaca yang basah dan sejuk ini bukan sahaja mengubah keadaan di Pantai Timur khususnya di Kelantan, malah turut mengubah rutin kehidupan masyarakatnya. Perubahan ini termasuklah cara berpakaian, jenis makanan, pekerjaan dan lain-lain yang bersangkutan dengan sosio budaya masyarakat di sini. Pendeknya musim tengkujuh telah mengubah sama sekali sebahagian besar daripada rutin kehidupan bagi kebanyakan masyarakat di kawasan ini.
Pada kebiasaannya masyarakat luar bandar telah membuat persediaan awal bagi menghadapi bencana yang saban tahun melanda kawasan mereka, khususnya mereka yang tinggal di kawasan tepi sungai atau kawasan tanah rendah. Mereka yang berkemampuan biasanya sudah bersedia dengan perahu di rumah masing-masing. Manakala bagi mereka yang tidak berkemampuan akan menghadapinya dengan bantuan pihak yang berwajib atau jiran-jiran yang berhampiran. Mereka akan berpindah bergantung kepada keadaan sekiranya hujan membawa kepada air naik ke paras merbahaya.
Pada masa dahulu sebelum tibanya musim tengkujuh para ibu akan menyediakan kain baju yang sesuai sebagai pakaian basahan semasa bekerja di sawah atau di kebun supaya tidak terlalu kerap menukar pakaian dalam keadaan yang sukar ini. Oleh kerana kemampuan dan kemudahan yang amat terhad, biasanya kain-kain yang basah disalai ke api agar cepat kering untuk dipakai semula kerana ketiadaan cahaya matahari pada musim ini. Ada kalangan masyarakat luar bandar yang mendirikan bangsal khas di bahagian belakang rumah untuk menyalai kain baju yang basah pada musim hujan yang berpanjangan itu. Anak-anak dinasihatkan supaya ‘berjimat’ memakai pakaian kerana sukar untuk mengeringkan pakaian dalam suasana cuaca yang basah ini.
Pada musim ini biasanya ubi-ubi yang mereka tanam selepas musim menanam padi pada awal tahun digali untuk dijadikan makanan sampingan pada musim tengkujuh. Pelbagai jenis ubi ditanam untuk dijadikan hidangan pada musin tengkujuh, antaranya ubi kayu, ubi badak, ubi keledek, ubi keduduk, ubi keling (ubi kemili) (Dioscorea bulbifera), ubi torak (ubi itik) (Dioscorea esculenta), ubi keladi dan sebagainya. Tetamu atau jiran-jiran yang berkunjung ke rumah pada musim ini akan dihidangkan dengan ubi rebus, terutamanya ubi kayu atau ubi keledek rebus. Ubi kayu rebus enak dimakan dengan kelapa parut dan kopi ‘o’.
Pada musim ini juga kueh tradisi yang berasaskan ubi kayu akan muncul, antara yang paling popular ialah ‘putu halba’. ‘Putu halba’ merupakan kueh yang berasaskan tepung ubi kayu separuh kering yang dicampurkan sedikit biji halba, dibalutkan dengan kain putih dan diletakkan gula melaka sebagai intinya kemudian dikukus dengan menggunakan alat pengukus khas yang (dahulunya) dibuat daripada tin minyak masak. Kini alat pengukus kueh tradisi ini telah dibuat dalam bentuk yang lebih moden hasil daripada pemikiran inovatif masyarakat desa tersebut. Konsepnya sama dengan membuat 'putu piring', cuma resepinya sahaja yang berbeza.
Pendeknya musim tengkujuh bukan sahaja mengubah keadaan cuaca di Pantai Timur malah turut mengubah budaya kehidupan penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat. Sekian.
Hujan tanpa henti dua tiga hari merupakan fenomena biasa bagi kami yang tinggal di negeri-negeri Pantai Timur yang terdedah kepada Monsun Timur Laut ini. Cuaca yang basah dan sejuk ini bukan sahaja mengubah keadaan di Pantai Timur khususnya di Kelantan, malah turut mengubah rutin kehidupan masyarakatnya. Perubahan ini termasuklah cara berpakaian, jenis makanan, pekerjaan dan lain-lain yang bersangkutan dengan sosio budaya masyarakat di sini. Pendeknya musim tengkujuh telah mengubah sama sekali sebahagian besar daripada rutin kehidupan bagi kebanyakan masyarakat di kawasan ini.
Pada kebiasaannya masyarakat luar bandar telah membuat persediaan awal bagi menghadapi bencana yang saban tahun melanda kawasan mereka, khususnya mereka yang tinggal di kawasan tepi sungai atau kawasan tanah rendah. Mereka yang berkemampuan biasanya sudah bersedia dengan perahu di rumah masing-masing. Manakala bagi mereka yang tidak berkemampuan akan menghadapinya dengan bantuan pihak yang berwajib atau jiran-jiran yang berhampiran. Mereka akan berpindah bergantung kepada keadaan sekiranya hujan membawa kepada air naik ke paras merbahaya.
Pada masa dahulu sebelum tibanya musim tengkujuh para ibu akan menyediakan kain baju yang sesuai sebagai pakaian basahan semasa bekerja di sawah atau di kebun supaya tidak terlalu kerap menukar pakaian dalam keadaan yang sukar ini. Oleh kerana kemampuan dan kemudahan yang amat terhad, biasanya kain-kain yang basah disalai ke api agar cepat kering untuk dipakai semula kerana ketiadaan cahaya matahari pada musim ini. Ada kalangan masyarakat luar bandar yang mendirikan bangsal khas di bahagian belakang rumah untuk menyalai kain baju yang basah pada musim hujan yang berpanjangan itu. Anak-anak dinasihatkan supaya ‘berjimat’ memakai pakaian kerana sukar untuk mengeringkan pakaian dalam suasana cuaca yang basah ini.
Pada musim ini juga kueh tradisi yang berasaskan ubi kayu akan muncul, antara yang paling popular ialah ‘putu halba’. ‘Putu halba’ merupakan kueh yang berasaskan tepung ubi kayu separuh kering yang dicampurkan sedikit biji halba, dibalutkan dengan kain putih dan diletakkan gula melaka sebagai intinya kemudian dikukus dengan menggunakan alat pengukus khas yang (dahulunya) dibuat daripada tin minyak masak. Kini alat pengukus kueh tradisi ini telah dibuat dalam bentuk yang lebih moden hasil daripada pemikiran inovatif masyarakat desa tersebut. Konsepnya sama dengan membuat 'putu piring', cuma resepinya sahaja yang berbeza.Pendeknya musim tengkujuh bukan sahaja mengubah keadaan cuaca di Pantai Timur malah turut mengubah budaya kehidupan penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat. Sekian.
0 ulasan:
Catat Ulasan