Kira-kira seminggu selepas pementasan teater “Mahkamah’ oleh Kelab Teater Rajuk pada 28 April 2009, Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan telah mengadakan Program Bicara Karya Sastera Negeri Pahang 2009 pada 6 Mei 2009. Program anjuran bersama Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka ini juga merupakan salah satu aktiviti bulan bahasa di samping beberapa acara dan program yang lain. Beberapa orang tokoh sastera tanah air
telah diundang ke majlis ini untuk membentangkan kertas kerja masing-masing, mereka ialah Prof. Dr. Mohamad Mokhtar Hassan dari Universiti Malaya, Prof. Rahman Shaari juga Universiti Malaya, En. Hanafi Ibrahim dari Dewan Bahasa dan Pustaka, dan En. Ramli Selamat (Marsli N.O). Turut diundang ialah En. Sharunizam bin Abdul Mutalib, penulis buku Di Ruang Ini.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Mazlan Mohamad, Pengarah IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan serta turut dihadiri oleh Tn. Hj. Johar Othman, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan, pensyarah-pensyarah kanan, Ketua-ketua Jabatan serta para jemputan yang terdiri daripada kalangan pendidik sekitar PPD Lipis. 1. Menanti Buraq: Konsepsi Marsli N.O. dibentangkan oleh Prof. Dr. Mohamad Mokhtar Hassan.
2. Makna dan Gaya Bahasa Di Ruang Ini dibentangkan oleh Prof. Rahman Shaari.
3. Igau Dari Perspektif Sosiologi Pembangunan dibentangkan oleh En. Hanafi Ibrahim
4. Antara Imaginasi Dengan Realiti: Falsafah Penciptaan dan Proses Kreatif Cerpen Dalam Menanti Buraq dibentangkan oleh En. Ramli Selamat (Marsli N.O).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan