Peluang saya untuk ke Sabah muncul lagi setelah anak kedua saya berjaya ditawarkan tempat untuk Program Sarjana Muda Psikologi Industri dan Organisasi di UMS. Surat tawaran tersebut menyatakan bahawa anak saya perlu mendaftarkan diri di universiti tersebut pada hari Sabtu 28 Jun 2008. Jadi saya terus membuat tempahan tiket penerbangan Air Asia ke Kota Kinabalu melalui internet. Jika dahulu kita terpaksa bergegas ke pejabat syarikat penerbangan atau syarikat pelancongan untuk membuat tempahan tiket, tetapi kini kemudahan itu sudah berada di hujung jari. Saya juga cuba menghubungi bekas-bekas murid saya pada tahun 1980-an dahulu bagi menyatakan yang saya akan ke sana. Setelah 22 tahun berpisah tentunya banyak cerita yang boleh dikongsi bersama.
Saya telah membuat tempahan untuk penerbangan ke Kota Kinabalu pada 27 Jun 2008 dengan pesawat AK5114 jam 5.10 petang dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ke Terminal 2 Kota Kinabalu. Harga tambang yang saya perolehi ialah RM150.00 seorang serta yuran pentadbiran RM45.00, cukai lapangan terbang RM12.00, surcaj bahan api RM92.00 dan yuran bagasi RM12.00 untuk 3 bagasi yang berjumlah RM461.00 kesemuanya untuk dua orang. Penerbangan balik pula pada 30 Jun 2008 dengan penerbangan AK5105 jam 12.30 tengah hari dengan kadar tambang RM130.00 dengan jumlah RM213.50 termasuk semua caj.
Pada hari Jumaat 27 Jun 2008 saya telah mengambil cuti rehat khas selama dua hari (27 dan 30 Jun 2008) untuk tujuan mendaftar anak tersebut. Kami bertolak dari Kuala Lipis pada jam 8.30 pagi dengan menaiki bas ekspres Transnasional dan tiba jam 11.30 pagi di Hentian Pekeliling, Kuala Lumpur. Dari situ kami menaiki teksi ke Stesen Sentral KL (KL Central) dengan tambang RM7.50. Pada mulanya saya bercadang untuk menaiki monorel ke Stesen Sentral KL bagi tujuan memberi pengalaman serta membiasakan anak saya menggunakan kaedah perjalanan kos murah di Kuala Lumpur. Tetapi hasrat itu saya batalkan memandangkan kami membawa 3 bagasi yang berat untuk dijinjing menaiki tangga stesen monorel yang begitu tinggi di Titiwangsa. Jadi saya memilih untuk menaiki teksi.
Di Stesen Sentral KL bas-bas ke LCCT memang sentiasa berada di laluan belakang stesen tersebut. Tambang bagi setiap penumpang ke LCCT ialah antara RM8.00 hingga RM10.00 bergantung kepada syarikat bas dan laluannya. Saya telah memilih Syarikat Sky Bus yang berwarna merah milik Air Asia dengan tambang RM9.00 seorang. Bas syarikat ini bertolak ke terminal tersebut setiap setengah jam sebuah dengan masa perjalanan lebih kurang satu jam. Walaupun LCCT tidak mempunyai sistem pengangkutan khusus sebagaimana untuk ke KLIA, namun dengan perkhidmatan tiga buah syarikat bas mencukupi untuk menjadikan sistem pengangkutan penumpang ke terminal tersebut amat lancar tanpa sebarang masalah.
Bas yang kami naiki bertolak pada jam 12.30 tengah hari dan tiba di LCCT pada jam 1.30 tengah hari. Setelah selesai solat fardu Zohor, kami menunggu untuk membuat pendaftaran masuk. Kira-kira jam 3.30 petang kami melihat papan tanda digital menunjukkan penerbangan AK5114 ke Kota Kinabalu yang sepatutnya berlepas pada jam 5.10 petang mengalami kelewatan. Jangkaan saya kelewatan tersebut hanya satu atau dua jam sahaja. Tetapi rupa-rupanya jangkaan saya tersebut meleset sama sekali, kerana petugas di kaunter daftar masuk memaklumkan penerbangan tersebut akan berlepas pada jam 11.00 malam. Ini bermakna saya terpaksa menunggu kira-kira tujuh jam lagi. Kami diberi baucer McDonald yang bernilai RM10.00 setiap seorang.
Menunggu tujuh jam di terminal yang agak kekurangan dari segi kemudahan tersebut, bagi saya amat menyiksakan. Hendak berpatah balik ke KL tentunya membazirkan masa dan wang kerana jaraknya agak jauh. Sekiranya berpatah balik ke KL bermakna saya terpaksa menghabiskan RM36.00 untuk tambang dua orang dan mengambil masa dua jam perjalanan untuk pergi dan balik. Lalu kami mengambil keputusan untuk berehat di Terminal KLIA kerana keadaannya lebih kondusif untuk duduk lebih lama. Ruang menunggunya lebih luas dan selesa, tempat duduknya lebih banyak dan pendingin hawanya lebih sejuk. Kami telah menaiki bas Airport Coach dengan tambang hanya RM1.50 seorang untuk ke terminal tersebut.
Kami kembali semula ke LCCT kira-kira jam 9.00 malam. Ini bermakna kami cuma menunggu di terminal tersebut kira-kira dua jam sahaja sebelum berlepas. Penerbangan kami berlepas tepat jam 11.00 malam. Semua penumpang kelihatan keletihan dan kebanyakan mereka tertidur pada sepanjang penerbangan, termasuk anak saya. Kami tiba di Kota Kinabalu pada jam 1.10 tengah malam dan dijemput oleh anak buah saya yang bertugas sebagai Laskar Kanan di Pangkalan TLDM, Markas Wilayah Laut 2, Teluk Sepanggar yang terletak kira-kira 25 km dari pusat bandar raya tersebut. Bandaraya Kota Kinabalu pada ketika itu sudah hampir sunyi, tetapi kami sempat singgah minum di gerai tepi laut berhadapan dengan Hotel Premonade.
Dari Kota Kinabalu, kami melalui Jalan Pantai ke bulatan kecil berhampiran Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah dan terus ke Teluk Likas, iaitu jalan berhampiran Bangunan Yayasan Sabah dan Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah. Kami kemudian melalui jambatan kembar dan bulatan sebelum melintasi hadapan kampus utama UMS. Dari situ kami melalui jalan kawasan Taman Perindustrian yang antaranya terdapat kawasan perindustrian, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu dan Politeknik Kota Kinabalu. Kami seterusnya melalui Kampung Gentisan iaitu kampung air tradisi penduduk tempatan dan sesetengahnya pendatang Filipina. Kami tiba di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar kira-kira jam 2.30 pagi.
Saya telah membuat tempahan untuk penerbangan ke Kota Kinabalu pada 27 Jun 2008 dengan pesawat AK5114 jam 5.10 petang dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ke Terminal 2 Kota Kinabalu. Harga tambang yang saya perolehi ialah RM150.00 seorang serta yuran pentadbiran RM45.00, cukai lapangan terbang RM12.00, surcaj bahan api RM92.00 dan yuran bagasi RM12.00 untuk 3 bagasi yang berjumlah RM461.00 kesemuanya untuk dua orang. Penerbangan balik pula pada 30 Jun 2008 dengan penerbangan AK5105 jam 12.30 tengah hari dengan kadar tambang RM130.00 dengan jumlah RM213.50 termasuk semua caj.Pada hari Jumaat 27 Jun 2008 saya telah mengambil cuti rehat khas selama dua hari (27 dan 30 Jun 2008) untuk tujuan mendaftar anak tersebut. Kami bertolak dari Kuala Lipis pada jam 8.30 pagi dengan menaiki bas ekspres Transnasional dan tiba jam 11.30 pagi di Hentian Pekeliling, Kuala Lumpur. Dari situ kami menaiki teksi ke Stesen Sentral KL (KL Central) dengan tambang RM7.50. Pada mulanya saya bercadang untuk menaiki monorel ke Stesen Sentral KL bagi tujuan memberi pengalaman serta membiasakan anak saya menggunakan kaedah perjalanan kos murah di Kuala Lumpur. Tetapi hasrat itu saya batalkan memandangkan kami membawa 3 bagasi yang berat untuk dijinjing menaiki tangga stesen monorel yang begitu tinggi di Titiwangsa. Jadi saya memilih untuk menaiki teksi.
Di Stesen Sentral KL bas-bas ke LCCT memang sentiasa berada di laluan belakang stesen tersebut. Tambang bagi setiap penumpang ke LCCT ialah antara RM8.00 hingga RM10.00 bergantung kepada syarikat bas dan laluannya. Saya telah memilih Syarikat Sky Bus yang berwarna merah milik Air Asia dengan tambang RM9.00 seorang. Bas syarikat ini bertolak ke terminal tersebut setiap setengah jam sebuah dengan masa perjalanan lebih kurang satu jam. Walaupun LCCT tidak mempunyai sistem pengangkutan khusus sebagaimana untuk ke KLIA, namun dengan perkhidmatan tiga buah syarikat bas mencukupi untuk menjadikan sistem pengangkutan penumpang ke terminal tersebut amat lancar tanpa sebarang masalah.Bas yang kami naiki bertolak pada jam 12.30 tengah hari dan tiba di LCCT pada jam 1.30 tengah hari. Setelah selesai solat fardu Zohor, kami menunggu untuk membuat pendaftaran masuk. Kira-kira jam 3.30 petang kami melihat papan tanda digital menunjukkan penerbangan AK5114 ke Kota Kinabalu yang sepatutnya berlepas pada jam 5.10 petang mengalami kelewatan. Jangkaan saya kelewatan tersebut hanya satu atau dua jam sahaja. Tetapi rupa-rupanya jangkaan saya tersebut meleset sama sekali, kerana petugas di kaunter daftar masuk memaklumkan penerbangan tersebut akan berlepas pada jam 11.00 malam. Ini bermakna saya terpaksa menunggu kira-kira tujuh jam lagi. Kami diberi baucer McDonald yang bernilai RM10.00 setiap seorang.
Menunggu tujuh jam di terminal yang agak kekurangan dari segi kemudahan tersebut, bagi saya amat menyiksakan. Hendak berpatah balik ke KL tentunya membazirkan masa dan wang kerana jaraknya agak jauh. Sekiranya berpatah balik ke KL bermakna saya terpaksa menghabiskan RM36.00 untuk tambang dua orang dan mengambil masa dua jam perjalanan untuk pergi dan balik. Lalu kami mengambil keputusan untuk berehat di Terminal KLIA kerana keadaannya lebih kondusif untuk duduk lebih lama. Ruang menunggunya lebih luas dan selesa, tempat duduknya lebih banyak dan pendingin hawanya lebih sejuk. Kami telah menaiki bas Airport Coach dengan tambang hanya RM1.50 seorang untuk ke terminal tersebut.Kami kembali semula ke LCCT kira-kira jam 9.00 malam. Ini bermakna kami cuma menunggu di terminal tersebut kira-kira dua jam sahaja sebelum berlepas. Penerbangan kami berlepas tepat jam 11.00 malam. Semua penumpang kelihatan keletihan dan kebanyakan mereka tertidur pada sepanjang penerbangan, termasuk anak saya. Kami tiba di Kota Kinabalu pada jam 1.10 tengah malam dan dijemput oleh anak buah saya yang bertugas sebagai Laskar Kanan di Pangkalan TLDM, Markas Wilayah Laut 2, Teluk Sepanggar yang terletak kira-kira 25 km dari pusat bandar raya tersebut. Bandaraya Kota Kinabalu pada ketika itu sudah hampir sunyi, tetapi kami sempat singgah minum di gerai tepi laut berhadapan dengan Hotel Premonade.
Dari Kota Kinabalu, kami melalui Jalan Pantai ke bulatan kecil berhampiran Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah dan terus ke Teluk Likas, iaitu jalan berhampiran Bangunan Yayasan Sabah dan Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah. Kami kemudian melalui jambatan kembar dan bulatan sebelum melintasi hadapan kampus utama UMS. Dari situ kami melalui jalan kawasan Taman Perindustrian yang antaranya terdapat kawasan perindustrian, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu dan Politeknik Kota Kinabalu. Kami seterusnya melalui Kampung Gentisan iaitu kampung air tradisi penduduk tempatan dan sesetengahnya pendatang Filipina. Kami tiba di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar kira-kira jam 2.30 pagi.
1 ulasan:
Pengalaman yang menarik.
Catat Ulasan