Bagi para ibu pula sehingga separuh Ramadan ini semua menu yang diketahui telah disajikan untuk keluarga masing-masing, sama ada semasa berbuka maupun semasa bersahur. Malah ada yang sudah dua tiga kali mengulangi menu yang sama dan tiada lagi menu baru yang agak istimewa untuk disediakan. Ada juga yang telah kembali kepada menu yang paling ringkas, umpamanya sekadar nasi putih dan telur goreng mata kerbau atau ikan bakar dicicah kicap yang diperah asam limau nipis dan cili padi. Mungkin kita lebih berselera sekadar dengan ulam-ulaman sahaja. Rasanya menu sedemikian lebih enak berbanding menu-menu
Kalau diimbas kembali semasa zaman kanak-kanak dahulu, orang-orang tua kita amat mengutamakan soal juadah untuk berbuka dan bersahur sebagai tanda menghormati dan meraikan bulan Ramadan. Mereka mula masuk ke dapur seawal selepas solat Zohor untuk memulakan tugas rutinnya. Langkah pertama ialah mengisar beras pulut yang telah direndam pada sebelah paginya dengan menggunakan kisaran batu untuk membuat kueh-mueh. Tepung beras yang dikisar itu ditapis dan ditindih supaya sejat airnya sebelum dijadikan kueh-kueh tertentu.
agak panjang. Pada masa dahulu belum ada lagi ayam proses dijual sebagaimana hari ini, sebaliknya yang ada hanya ayam kampung. Para suami biasanya menangkap ayam pada awal pagi semasa memberi makan ayam tersebut, kalau tidak amat sukar untuk menangkapnya. Ayam tersebut disembelih dan dibuang segala isi perutnya. Ayam yaMeskipun di Kelantan kaya dengan pelbagai jenis kueh-mueh tradisi, namun yang lazim disediakan untuk berbuka pada masa itu ialah kueh-mueh yang berasaskan pulut iaitu puteri mandi atau dipanggil juga kepik hidung, ondeh-ondeh atau sesetengah warga tua memanggilnya
golek bulu atau telur korang (kukuran). Selain itu terdapat juga poli beras dan butir nangka. Manakala kueh yang berasaskan beras biasa ialah lompat tikam, cendul, caca dan lain-lain. Kueh yang berasaskan ubi kayu pula seperti poli ubi kayu, tepung boka, kueh manis dan lain-lain. Ada juga yang berasaskan pisang dan keledek seperti sira pisang, sira keledek dan lepat pisang. Pendeknya masyarakat dahulu tidak membeli juadah berbuka sebaliknya mereka memasak sendiri juadah tersebut. Kini pelbagai jenis kueh-mueh boleh dibeli di mana-mana, namun yang pasti rasanya tidak seenak air tangan ibu-ibu kita dahulu. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan