Isu terdapatnya para peniaga makanan yang tidak jujur dalam perniagaan mereka merupakan satu isu yang sering kali kita dengar. Isu yang timbul berkaitan dengan perniagaan makanan yang sering dibangkitkan ialah soal harga yang tidak berpatutan, kebersihan makanan, makanan yang dikitar semula, kuantiti makanan yang tidak munasabah, layanan yang tidak memuaskan dan lain-lain yang kebanyakannya sukar untuk dikawal dengan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang. Maka ada segelintir daripada mereka yang mengambil kesempatan ke atas pelanggan yang ‘tidak berkira’ ini. Malah ada yang langsung tidak mengambilkira bahawa perniagaan juga wajib berlandaskan ajaran agama. Dalam konteks ini saya mempunyai dua pengalaman yang boleh dikongsi bersama yang mungkin juga dialami oleh orang lain dalam situasi yang hampir sama.
Senario 1: 12 Mei 2011
Dalam perjalanan balik dari satu seminar di Terengganu saya dan tiga rakan setugas yang lain telah singgah di sebuah warung masakan panas dan memesan 3 mangkuk sup tulang dengan 3 nasi kosong, 1 sup sayur tanpa nasi kosong dan 2 biji telur dadar. Manakala minuman pula kami pesan 1 gelas teh O dan 3 gelas air suam. Warung ini kelihatan bersih dan ceria dengan papan tanda yang jelas serta dihiasi lampu berwarna-warni berkelip-kelipan. Namun tiada tanda harga yang dipaparkan di warung ini sebagai panduan untuk para pengunjungnya. Kami tidak kisah soal itu, asalkan harganya berpatutan.
Setelah selesai makan, kami telah memanggil gadis pembantu warung itu untuk mengira harga makanan yang kami makan pada malam tersebut. Tanpa membawa sebarang kertas, pen atau mesin kira, beliau memaklumkan bahawa ‘taukeh’nya telah mengira dan jumlah kesemuanya RM40.00. Kami agak terkejut dengan jumlah itu dan tidak berpuas hati dengan menu yang ringkas itu dicaj RM10.00 seorang. Salah seorang daripada kami memintanya untuk mengira semula dengan betul. Pembantu warung itu masuk ke dapur memberitahu ‘taukeh’nya kemudiannya kembali memaklumkan taukehnya tengah sibuk memasak dan memang itulah harganya.
Senario 1: 12 Mei 2011Dalam perjalanan balik dari satu seminar di Terengganu saya dan tiga rakan setugas yang lain telah singgah di sebuah warung masakan panas dan memesan 3 mangkuk sup tulang dengan 3 nasi kosong, 1 sup sayur tanpa nasi kosong dan 2 biji telur dadar. Manakala minuman pula kami pesan 1 gelas teh O dan 3 gelas air suam. Warung ini kelihatan bersih dan ceria dengan papan tanda yang jelas serta dihiasi lampu berwarna-warni berkelip-kelipan. Namun tiada tanda harga yang dipaparkan di warung ini sebagai panduan untuk para pengunjungnya. Kami tidak kisah soal itu, asalkan harganya berpatutan.
Setelah selesai makan, kami telah memanggil gadis pembantu warung itu untuk mengira harga makanan yang kami makan pada malam tersebut. Tanpa membawa sebarang kertas, pen atau mesin kira, beliau memaklumkan bahawa ‘taukeh’nya telah mengira dan jumlah kesemuanya RM40.00. Kami agak terkejut dengan jumlah itu dan tidak berpuas hati dengan menu yang ringkas itu dicaj RM10.00 seorang. Salah seorang daripada kami memintanya untuk mengira semula dengan betul. Pembantu warung itu masuk ke dapur memberitahu ‘taukeh’nya kemudiannya kembali memaklumkan taukehnya tengah sibuk memasak dan memang itulah harganya.
Salah seorang daripada kami terus ke dapur dan meminta ‘taukeh’nya memberitahu satu persatu dan mengira sendiri harga makanan yang kami makan tersebut. Akhirnya jumlah sebenar ialah hanya RM31.00 dan kami dapat menyelamatkan RM9.00. Persoalannya berapa ramaikah pelanggan yang boleh berbuat demikian? Kebanyakan daripada kita terus membayar berapa sahaja jumlah yang dimaklumkan tanpa banyak soal. Ini bermakna penipuan yang 'tersembunyi' seperti ini mungkin telah banyak kali berlaku ke atas pelanggan yang dalam perjalanan seperti ini. Oleh itu sekali sekala kita perlu bertindak sedemikian untuk menegakkan hak kita sebagai pengguna, bukan untuk bergaduh.
Dalam perjalanan balik dari bercuti di kampung, kami sekeluarga telah singgah di R&R Gua Musang untuk makan tengah hari selepas solat Zohor. Keadaan orang tidaklah begitu ramai pada ketika itu. Kami telah memesan makanan dan minuman di gerai yang berbeza. Di gerai minuman kami telah memesan 1 gelas Milo ais, 1 gelas teh O panas dan 2 gelas teh tarik dengan jumlah RM6.50 dan saya telah membayarnya dengan wang RM10.00 yang sepatutnya dikembalikan RM3.50. Namun selepas membayar, saya telah terlupa untuk mengambil wang baki tersebut.
Kira-kira 15 minit selepas itu, saya baru teringat dan amat pasti bahawa wang baki RM3.50 itu masih belum dikembalikan berdasarkan sebelum membuat pembayaran, wang dalam dompet saya semuanya not bernilai RM10.00 dan RM50.00, tiada not RM1.00 atau RM5.00. Lantas saya ke gerai minuman berkenaan yang terletak hanya kira-kira 5 meter dari meja yang kami makan untuk menuntut baki wang tersebut. Tetapi malangnya tuan punya gerai itu menyatakan dia tidak tahu menahu sama ada wang baki itu sudah dikembalikan atau tidak. Meskipun saya memaklumkan jenis minuman yang saya pesan dan membayar dengan wang RM10.00 tetapi beliau tetap enggan mengira balik dengan nada seolah-olah saya cuba meminta wang baki untuk kali kedua. Lalu saya beredar dari situ dengan satu persoalan, adakah wajar seseorang itu hendak menipu wang yang hanya bernilai RM3.50? Saya tidak memandang wang yang bernilai RM3.50 itu, tetapi apa yang saya amat kesalkan ialah kejujuran peniaga ini. Saya hanya menuntut kebenaran dan hak saya, dan peniaga itu tidak akan kaya dengan RM3.50 itu. Sekian.
1 ulasan:
Sakit hati sgt bila jpe ng peniaga2 yg mcm ni..xkn xbyr sb dh mkn,klu brg blh jgk letak blek..dh la mcm 2,lpas 2 nk brlagak plak..10x nk elak pn kta ttp trkena..
Catat Ulasan